Kelantan mula tunjuk taring
- Monday, January 25, 2010, 13:08
- Liga Super
- 68 views
- Add a comment
SELEPAS hanya menang sekali dalam empat perlawanan awal, Kelantan mula menunjukkan taring sebenar pasukan itu apabila membelasah Johor FC 4-1 dalam aksi menghiburkan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam semalam.
Anak buah B Sathianathan bagaikan melepaskan geram selepas tewas buat pertama kali musim ini kepada Kedah Selasa lalu sekali gus kembali menarik kepercayaan peminat setia The Red Warriors.
Empat gol sumbangan Norshahrul Idhan Talaha, Aziz Mat Rose, Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Mohammad cukup untuk membuatkan pasukan bimbingan Ramlan Rashid pulang hampa.
Bagaimana pun tekanan masih jelas kelihatan di bahu para pemain khususnya pada babak pertama. Hanya jaringan pembukaan menerusi Norshahrul pada minit ke-18 meredakan sedikit tekanan berkenaan.
Namun begitu kegembiraan penyokong Kelantan hanya bertahan selama tiga minit sahaja apabila tonggak Johor FC, Mohd Riduwan Moin merembat kencang melepasi jangkauan Halim Napi untuk gol penyamaan pelawat.
The Red Warriors kemudiannya tidak menoleh ke belakang lagi apabila mendominasi sepenuhnya permainan babak kedua dengan menambah tiga lagi gol menerusi Azizi (m-46), Indra Putra (m-50) dan Norfarhan.
Sejurus tamat perlawanan, Sathianathan jelas lega dengan persembahan anak buahnya dan berharap para pemain dapat terus memberikan komitmen berterusan dalam perlawanan menentang Perak malam esok.
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!