Cengkaman Felda United mulai longgar

CENGKAMAN Felda United dalam saingan Liga Perdana mulai longgar apabila tumbang buat kali pertama musim ini, tewas 0-1 kepada Tentera (ATM) di Stadium Selayang malam tadi untuk membuka ruang buat pencabar terdekatnya, PKNS kembali memberi tekanan.

Kemenangan ATM yang tidak disangka-sangka itu membolehkan mereka kini berada satu mata mengekori PKNS di tangga kedua.

Dengan PKNS tidak beraksi semalam, perlawanan Sarawak dan Melaka mencuri tumpuan dengan lapan gol dihasilkan dalam kemenangan 5-3 buat Sarawak di tempat sendiri.

Zamri Morshidi (minit ke-25 dan 55) dan Effendi Malek (27, 79) masing-masing menjaringkan dua gol dengan satu lagi jaringan disumbangkan Sahrol Saperi pada minit ke-43.

Melaka terlebih dulu mengejutkan tuan rumah pada minit kelapan menerusi K Depansakwati dengan dua jaringan seterusnya Dzulkifli Gali (m58) dan Shafiq Zahari (76) sekadar sagu hati buat pelawat.

Di Stadium Larkin, Majlis Perbandaran Muar disentak Polis yang mencuri tiga mata penuh menerusi kemenangan 3-2.

Di Stadium Darulmakmur pula, Shahzan Muda turut menerima nasib sama apabila tewas kepada pelawat, USM 2-3.

About the Author

Berita Bola has written 157 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.