Gerrard: Tiada laluan mudah buat Chelsea

STEVEN Gerrard berikrar akan memberikan musuh ketat Liverpool suntikan semangat yang bermakna dengan menundukkan Chelsea, Ahad ini.

Gerrard menegaskan Liverpool tidak akan mengalah mudah walaupun itu bermakna mereka terpaksa menyerahkan Manchester United mahkota kejuaraan kali keempat berturut-turut Liga Perdana Inggeris.

Katanya: “Kami masih mempunyai beberapa perlawanan lagi dan matlamat ialah mengutip mata maksimum dan melihat sama ada kami mampu melangkah ke saingan Liga Juara-Juara Eropah.

“Jika kami mengutip mata maksimum, siapa tahu? Pasukan di atas kami mungkin tercicir. Apa yang perlu kami lakukan ialah terus memberi tekanan.

“Kami tidak akan mengalah tetapi pasti bodoh jika saya berkata itu atau ini akan berlaku – penting untuk menjadi realistik.

“Kami adalah pasukan underdog untuk memburu tempat tangga keempat tetapi penyokong kami juga tahu kami mempunyai Everton yang mengekori rapat dan pastinya kami tidak mahu mereka menamatkan saingan di depan kami.”

Peminat Liverpool sedar keputusan seri sudah memadai buat United, yang akan bermain menentang Sunderland Ahad ini, berkedudukan baik untuk menjulang gelaran tertinggi itu buat kali ke-19, mengatasi satu gelaran berbanding Liverpool.

Gerrard menjaringkan dua gol ketika menewaskan Burnley 4-0 Ahad lalu ketika Liverpool beraksi tanpa Fernando Torres.

Katanya: “Bila sukar menjaringkan gol dan kehilangan penyerang terbaik, ia boleh memberi kesan kepada kepercayaan dan keyakinan tetapi kali ini lebih baik.”

About the Author

Berita Bola has written 157 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.