Tok Guru Nik Aziz kesal sikap segelintir penyokong Kelantan

MENTERI Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima baik kekalahan pasukan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia dan menganggap ia sebagai perkara biasa yang perlu diterima peminat sukan, namun kesal dengan insiden membabitkan penyokong Kelantan membuat kekecohan termasuk membakar mercun dan merosakkan kerusi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz menganggap tindakan sebahagian penyokong Kelantan itu sebagai tidak mempunyai semangat kesukanan.

“Sebab itu saya kata jangan sebut main (bermain bola), sebut riadah, dengan riadah baru ada semangat kesukanan… Kalau kita sudah bekerja kuat, bermain dengan bersungguh-sungguh kalah juga apa boleh buat, dia pun bekerja kuat untuk menang,” katanya ketika mengulas kekalahan pasukan Kelantan pada perlawanan akhir menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Pada perlawanan itu Kelantan tewas 3-1 hasil jaringan Shahurain Abu Samah (m-18), Hairuddin Omar (m-46) dan Zaquan Adha Abdul Razak (m-59).

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata sekiranya kekalahan itu disebabkan kecuaian pemain dan bermain secara sambil lewa adalah patut Kelantan menerima kekalahan itu.

“Matahari pun ada turun naik, selepas turun dia naik balik,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Pulau Melaka di sini hari ini.

About the Author

Berita Bola has written 109 stories on this site.

One Comment on “Tok Guru Nik Aziz kesal sikap segelintir penyokong Kelantan”

  • RJ LAN wrote on 13 November, 2009, 18:43

    KENAPA WAT TULISAN NIE BESAR SGT??????KE NAK MENYINDIR ATAU ADA MAKNA DISEBALIK TULISAN INI DIBESARKAN???

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.