Kelantan sudah sedia hadapi Terengganu
- Thursday, January 7, 2010, 7:06
- Liga Super
- 62 views
- Add a comment
KELANTAN meletakkan harapan yang tinggi untuk meraih kejayaan apabila bertemu Terengganu dalam perlawanan pembukaan mereka bagi Liga Super musim ini, Sabtu ini.
Ketua Jurulatih B Sathianathan berkata prestasi semua 25 pemainnya berada dalam keadaan memuaskan walaupun beberapa tunggak utama mengalami kecederaan.
“Semua persiapan untuk menentang Terengganu Sabtu ini berjalan lancar khususnya selepas balik dari perlawanan persahabatan di Bangkok, kita mempunyai cukup masa untuk membuat persiapan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri kursus motivasi bersama pemainnya di ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Kelantan di Kota Bharu, kelmarin (Selasa).
Turut hadir memberi kaunseling kepada pemain ialah Pengarah Bahagian Organisasi dan Hal Ehwal Atlet Majlis Sukan Negara, Zaitun Othman.
Sathianathan berkata barisan “Red Warriors” bagi musim ini diperkuatkan dengan beberapa pemain ternama antaranya Syed Adney Syed Hussien (My-Team), Norshahrul Idlan Talaha (My-Team), Shakir Shaari (My-Team), S. Chanturu (P.Pinang), S. Subramaniam (Perak), Akmal Rizal Rakhli (KM Naza), Azizi Che Ros(Perlis) dan Hairuddin Omar (T-Team).
Katanya pemain yang berada dalam senarai kecederaan termasuk Nor Farhan Mohamad, S. Chanturu dan Zamri Ramli namun beliau tidak gusar dengan keadaan itu.
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!