Felda United kenduri sakan

FATRURAZI Rozi menjulang Felda United mencipta kemenangan terbesar dalam Liga Perdana dengan empat golnya membantu pendahulu liga itu bangkit daripada kekecewaan pertama musim lalu apabila mengatasi Majlis Perbandaran Muar 10-0 di Stadium Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) di Cheras, malam tadi.

Felda yang buat kali pertama merasakan keperitan kekalahan Jumaat lalu kepada Tentera, menjadikan MP Muar mangsa amukan dengan mendahului 4-0 pada babak pertama.

PKNS yang mengekori di tempat kedua, semakin ketinggalan selepas hanya mampu seri 1-1 dengan Tentera yang berada satu anak tangga di bawahnya.
Felda kini unggul dengan 28 mata diikuti PKNS dengan 23 dan Tentera, 22.

Di Stadium Darulmakmur, Shahzan Muda dan Harimau Muda juga menjelmakan pesta gol apabila pelawat menang 5-4 namun kekal berada di tangga kelima selepas Sabah menang 1-0 ke atas Polis di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.

Di Stadium Selayang, Pos Malaysia menang 3-2 manakala Melaka meraih kejayaan 1-0 ke atas USM di Stadium Hang Tuah menerusi jaringan Mohd Farid Idris pada minit ke-33.

About the Author

Berita Bola has written 157 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.