- Monday, January 25, 2010, 13:08
- Liga Super
- 246 views
SELEPAS hanya menang sekali dalam empat perlawanan awal, Kelantan mula menunjukkan taring sebenar pasukan itu apabila membelasah Johor FC 4-1 dalam aksi menghiburkan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam semalam.
Anak buah B Sathianathan bagaikan melepaskan geram selepas tewas buat pertama kali musim ini kepada Kedah Selasa lalu sekali gus kembali menarik kepercayaan peminat setia The Red Warriors.
Empat gol sumbangan Norshahrul Idhan Talaha, Aziz Mat Rose, ...
Full story
- Monday, January 25, 2010, 12:29
- Liga Super
- 228 views
SELANGOR yang dianggap kebal selepas menang semua perlawanan sebelum ini tersungkur di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu kelmarin angkara anak buah Irfan Bakti yang menunjukkan kesungguhan mereka untuk menghukum pasukan pelawat itu.
Skuad Penyu berjaya mengotakan janji mereka kepada peminat mereka yang sentiasa memenuhi stadium dalam setiap perlawanan membabitkan pasukan kesayangan mereka itu.
Bagi Irfan, kemenangan besar ke atas Selangor di tempat sendiri malam kelmarin ...
Full story
- Monday, January 25, 2010, 12:26
- Liga Super
- 153 views
KEKALAHAN pertama Selangor dalam kempen Liga Super musim ini jelas membuatkan ketua pengendali, K Devan berang dan buat pertama kalinya, beliau langsung enggan bercakap kepada semua pemain sejurus selepas pertemuan dengan Terengganu tamat, malam kelmarin.
Devan yang juga pengurus skuad Gergasi Merah itu tidak mahu menanyakan sebab mengapa mereka boleh tewas dan semua post-mortem pertemuan yang menyaksikan pendahulu Liga Super itu dimalukan 4-0 akan hanya dibuat ...
Full story
- Wednesday, January 20, 2010, 2:55
- Liga Super
- 259 views
SELANGOR mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super selepas membenam Pahang 4-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Dua daripada gol Selangor dijaringkan oleh R Surendren pada minit ke-77 dan 83, menjadikan empat gol dijaringkan pemain itu setakat ini bersama penyerang Kedah, Azlan Ismail untuk mendahului senarai penjaring terbanyak liga.
Dua lagi gol Selangor masing-masing sumbangan Safee Sali pada minit ke-35 dan Syafiq Rahim minit 55.
Selepas empat ...
Full story
- Wednesday, January 20, 2010, 2:46
- Liga Super
- 277 views
KELANTAN gagal mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super apabila tewas 0-1 di gelanggang sendiri kepada Kedah, malam tadi.
Gol tunggal Kedah dijaringkan oleh penjaring terbanyak Liga Super, Azlan Ismail di hujung babak pertama hasil kesilapan mudah penjaga gawang tuan rumah, Syed Adney Syed Hussein.
Kekalahan ini menyebabkan Kelantan jatuh ke tangga ketujuh liga, manakala Kedah mengambil alih tempat Kelantan di tangga kelima.
pada perlawanan lain, Selangor ...
Full story
- Saturday, January 16, 2010, 23:53
- Liga Super
- 308 views
SELANGOR terus selesa mendahului tangga teratas Liga SUper apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut, sekali pun sekadar menang tipis 1-0 ke atas KL Plus, manakala Kelantan pula tercicir dua mata selepas diikat dengan keputusan seri tanpa jaringan di Kangar.
Terengganu merampas kedudukan Kelantan selepas menewaskan Pulau Pinang 4-0 di gelanggang sendiri, manakala Johor terus berputih mata apabila melepaskan dua gol pada masa tambahan untuk membolehkan lawannya, Perak ...
Full story
- Saturday, January 16, 2010, 11:12
- Liga Super
- 306 views
KELANTAN hanya menumpukan untuk membawa pulang tiga mata penuh dari Kangar pada aksi menentang Perlis malam ini.
Bagaimanapun, pengendali Kelantan, B Sathianathan tetap berhati-hati kerana Perlis kini sudah mendapat semangat baru selepas menewaskan Kedah di Alor Setar, Selasa lalu.
Tanpa berselindung, bekas jurulatih kebangsaan ini percaya perlawanan malam ini pastinya sengit dan Kelantan tidak berdepan laluan mudah untuk menundukkan Singa Utara itu.
"Mungkin kita pernah menewaskan mereka pada ...
Full story
- Saturday, January 16, 2010, 10:54
- Liga Perdana
- 256 views
FELDA United mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Perdana apabila menewaskan Sarawak 4-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.
Pemain yang berasal dari Kelantan, Fatrurazi Rozi meledakkan dua gol awal pada minit ke-10 dan ke-20. Munir Amran dan Abdul Ghani Abdul Rahman kemudian menambah jaringan pada minit ke-37 dan 43 untuk Felda United mendahului 4-0 pada babak pertama.
Sarawak pula memperoleh gol tunggal menerusi ...
Full story
- Wednesday, January 13, 2010, 23:35
- Liga Super
- 383 views
KELANTAN naik ke tangga kedua carta Liga Super selepas membelasah Johor di Stadium Sultan Mohd Ke-IV Kota Bharu, malam ini. Nasib Kedah pula nyata berbeza apabila tunduk 0-1 kepada jiran utara, Perlis di halaman sendiri, walau pun lawan terpaksa beraksi dengan 10 pemain.
Di KOTA BHARU, skuad Kelantan mempamerkan persembahan bertenaga dengan membelasah Johor 3-0, tiga selepas keputusan seri tanpa jaringan dengan Terengganu. ...
Full story
- Wednesday, January 13, 2010, 8:16
- Liga Super
- 93 views
WALAUPUN kecundang kepada Johor FC pada aksi pertama Liga Super, Sabtu lalu, jurulatih Perlis, Mohd Nidzam Adha Yusoff belum bersedia mengangkat bendera putih apabila bertandang ke Stadium Darulaman menentang Kedah, malam ini.
Malah, bekas pengendali juara Liga Perdana, Kuala Muda Naza, musim lalu itu, tetap optimis dengan kesungguhan tinggi anak buahnya untuk bangkit dengan persembahan lebih bertenaga bagi memburu mata.
Keyakinan itu mungkin bertitik tolak daripada beberapa ...
Full story