Juara Piala FA tumbang di Paroi

HANYA seminggu selepas mendakap Piala FA, Negeri Sembilan diaibkan dengan kekalahan 1-3 kepada Kelantan dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Jaringan Kelantan dihasilkan Indra Putra Mahayuddin menerusi gerakan cantik minit ke-29, sebelum Mohd Daudsu Jamaluddin menambah gol kedua dan Badhri Radzi melengkapkan jaringan ketiga skuad Red Warriors.

Di Stadium JCorp, Johor FC naik ke tangga kedua liga dengan 22 mata, empat mata di belakang Selangor selepas menang 2-0 ke atas Terengganu.

Sementara itu, jaringan Mohd Faizol Hussain pada minit ke-19 membantu Johor mengalahkan Pahang 1-0 di Stadium Darul Makmur.

Dalam satu lagi perlawanan, T-Team mengatasi Pulau Pinang 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Abdul Hadi Yahya muncul penjaring gol T-Team pada minit ke-59.

Jurulatih baru Perlis, Yunus Alif mencatat kemenangan dalam perlawanan pertamanya bersama skuad Singa Utara apabila menang 2-1 ke atas KL Plus di Stadium MBPJ. Mohd. Azrul Ahmad menghasilkan gol pertama Perlis sebelum Ahmad Aminuddin menjaringkan gol kedua pada minit ke-79.

KL Plus memperoleh gol tunggal melalui sepakan percuma yang diambil Nasrin Nawi pada minit ke-85.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Mohd Shafiq Jamal meletakkan Kedah di depan pada minit ke-21, sebelum V. Thirumurugan menambah derita Kuala Lumpur melalui gol kedua pada minit ke-70.

About the Author

Berita Bola has written 157 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.