Archive for January 7th, 2010

Iran tempah slot ke Piala Asia 2011

IRAN menempah tempat ke pusingan akhir Piala Asia 2011 di Qatar selepas mengalahkan Singapura 3-1 dalam perlawanan kelayakan Kumpulan E di Stadium Nasional malam tadi. Mendahului 2-1 pada waktu rehat, Iran memastikan kemenangan dengan gol ketiga pada minit ke-63. Singapura turun menerusi formasi 4-3-3 dengan jurulatih, Radojko Avramovic, menurunkan tiga penyerang, iaitu Mohd Noh Alam Shah, Aleksandar Duric dan Fazrul Nawaz. Iran pula hanya meletakkan seorang penyerang di ... Full story

Kelayakan Piala Asia: Malaysia tewas 0-1 kepada UAE

MALAYSIA terlepas peluang untuk mengutip mata sulung dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2011 apabila jaringan pada masa kecederaan membolehkan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menang tipis 1-0 ke atas skuad kebangsaan di Dubai, awal pagi tadi. Pemain gantian, Ahmed Khaleel menjaringkan gol kemenangan pada minit ketiga masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat ... Full story

N.Sembilan mahu Piala Sumbangsih

MERAIH kejuaraan Piala Malaysia tahun lepas hanya satu sejarah dan Negeri Sembilan harus memandang ke hadapan bagi memburu kejuaraan musim 2010. Itu kata pemain berpengalaman Negeri Sembilan, Shukor Adan menjelang perlawanan Piala Sultan Ahmad Shah Sabtu ini menentang bekas pasukan, Selangor. Shukor berkata, perkara yang lalu sudah menjadi sejarah dan mereka harus memulakan sasaran musim baru dengan memburu kejuaraan lain. "Melihat persiapan kami sekarang ini, semuanya berjalan lancar ... Full story

Kelantan sudah sedia hadapi Terengganu

KELANTAN meletakkan harapan yang tinggi untuk meraih kejayaan apabila bertemu Terengganu dalam perlawanan pembukaan mereka bagi Liga Super musim ini, Sabtu ini. Ketua Jurulatih B Sathianathan berkata prestasi semua 25 pemainnya berada dalam keadaan memuaskan walaupun beberapa tunggak utama mengalami kecederaan. "Semua persiapan untuk menentang Terengganu Sabtu ini berjalan lancar khususnya selepas balik dari perlawanan persahabatan di Bangkok, kita mempunyai cukup masa untuk membuat persiapan," katanya kepada ... Full story

KL masih cari kombinasi terbaik

PEMAIN sudah ada, tetapi kombinasi terbaik masih belum ditemui. Itu yang dialami pasukan Kuala Lumpur menjelang perlawanan pertama mereka dalam saingan Liga Super menentang T-Team, Sabtu ini. Menurut jurulatihnya, Razip Ismail, pemainnya sedang giat berlatih sekarang ini dan bersiap sedia untuk beraksi, bagaimanapun prestasi mereka ketika persiapan pra-musim agak terumbang-ambing. "Saya sudah ada bayangan kesebelasan utama yang akan diturunkan, cuma saya masih belum pasti keadaan pemain menjelang ... Full story

MB janji ganjaran jika Terengganu muncul juara

SASARAN utama mahu muncul juara tidak kira dalam Liga Super, Piala Malaysia mahupun Piala FA. Jika tercapai, habuan tidak terkira daripada kerajaan negeri Terengganu. Begitulah harapan dan jaminan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said kepada skuad Penyu untuk meneruskan perjuangan tahun 2010 bagi menggalas tugas berat mengembalikan maruah Terengganu untuk ketiga-tiga piala tersebut. Katanya, para pemain tidak perlu bimbang tentang ganjaran yang akan diperolehi kerana mereka bakal menerima ganjaran ... Full story

Hasrat hantar skuad b-23 ke Eropah cadangan ‘pelik’

JURULATIH tempatan menyifatkan keputusan menghantar pemain skuad Bawah 23 tahun beraksi dengan kelab Eropah sebagai 'cadangan pelik'. Mereka berkata, tindakan seperti itu belum pernah dilakukan oleh mana-mana negara di dunia apabila semua pemain Bawah 23 beraksi dengan kelab Eropah. Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berkata, langkah menempatkan pemain dalam pasukan di liga Eropah hanya sesuai pada peringkat usia pemain remaja. ''Pemain Bawah 23 kita bukan budak-budak lagi. ... Full story
Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.