‘Big Four’ tidak kebal selamanya

MARK Hughes percaya permulaan memberangsangkan Manchester City musim ini membuktikan empat pasukan Liga Perdana tidak boleh terus kekal kebal selama-lamanya.

City sedang menunjukkan tanda-tanda mampu bersaing dengan yang terbaik di England dan mereka kini berada di tempat kelima, lima mata di belakang pendahulu, Manchester United dengan satu perlawanan dalam tangan, selepas bertungkus lumus seri 1-1 dengan 10 pemain di Wigan kelmarin. (Lihat Carta Liga Perdana Inggeris)

Perbelanjaan besar 120 juta pound (RM660 juta) sepanjang musim perpindahan meletakkan batu asas bagi City untuk memecahkan monopoli tempat Liga Juara-Juara yang selama ini dinikmati United, Liverpool, Chelsea dan Arsenal.

Dengan Tottenham dan Aston Villa juga kuat serta Liverpool dan Chelsea, kedua-duanya tewas hujung minggu ini, Hughes merasakan pasukan elit Liga Perdana kini semakin goyah.

“Terdapat beberapa pasukan bagus dalam Liga Perdana tahun ini,” kata pengurus Manchester City itu.

“Terdapat fokus terhadap diri kami kerana kami mempunyai cita-cita untuk menikmati musim yang bagus. Tetapi kenyataannya wujud ancaman terhadap pasukan yang sering berada pada kedudukan empat teratas.

“Anda merasakan kemungkinan kekebalan itu tiada lagi. Pasukan lain juga mampu mengambil mata daripada mereka.

“Terdapat dua atau tiga pasukan yang secara senyap merasakan mereka mampu memasuki kelompok empat teratas.

“Mereka tidak menyatakan secara terbuka, jadi kehadiran mereka tidak disedari. Kami tidak boleh berbuat apa-apa jika orang lain menganggap kami sepatutnya berada dalam kedudukan empat teratas.”

About the Author

Berita Bola has written 109 stories on this site.

One Comment on “‘Big Four’ tidak kebal selamanya”

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.