Lebah mahu sengat Singa Utara
- Tuesday, October 20, 2009, 18:46
- Piala Malaysia
- 94 views
- Add a comment
Johor FC lwn Perlis (Stadium JCorp, Pasir Gudang)
JURULATIH Johor FC, Ramlan Rashid optimistik betapa skuad bimbingannya mampu menterjemahkan saingan suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Perlis di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam ini, dengan kemenangan.
Beliau yang membimbing skuad itu beraksi pada aksi separuh akhir musim lalu sebelum tewas 2-1 secara agregat kepada Selangor, tampak begitu mengimpikan laluan seterusnya tidak dihalang oleh skuad bimbingan Irfan Bakti.
Katanya, sasaran pada musim ini terarah ke final dan pertembungan menentang skuad Singa Utara itu amat dinantikan kerana ingin menebus kehampaan dua perlawanan lalu dalam saingan Liga Super selepas tewas 2-1 di laman sendiri dan kalah 1-0 di tempat lawan.
“Rekod pertemuan Johor FC-Perlis nyata memihak kepada lawan tetapi dalam peringkat kalah mati, persaingan lebih terbuka dan Johor FC pasti ingin menebus kekalahan lalu.
“Ketika ini persiapan kami agak terjejas berikutan kecederaan dua tonggak, Wan Rohaimi Ismail dan Mohd Hamzani Omar tetapi ia tidak serius dan kemungkinan dapat diturunkan dalam perlawanan malam esok (ini), andainya mereka lulus ujian kecergasan pagi esok,” katanya.
Bagi menguatkan posisi tengah, Ramlan pasti meletakkan Azizan Baba mengemudi bahagian itu manakala sentuhan Nurul Azwan Roya yang mencipta hatrik ketika Johor FC menewaskan Kuala Lumpur 4-0 ditagih untuk mengulangi keupayaan menjaringkan gol ketika beraksi di posisi sayap kiri.
Berita Harian
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!