Barcelona turun tanpa bintang utama
- Tuesday, October 20, 2009, 23:33
- Barcelona, Liga Juara Eropah
- 42 views
- Add a comment
JUARA bertahan, Barcelona bimbang masalah kecederaan akan menghantuinya menjelang saingan Kumpulan F Liga Juara-Juara di tempat sendiri menentang Rubin Kazan, hari ini (awal pagi esok).
Jadual kelayakan Piala Dunia yang sibuk minggu lalu menyebabkan pemain Perancis, Thierry Henry diketepikan akibat kekejangan paha manakala pemain Sweden, Zlatan Ibrahimovic terlepas perlawanan di Valencia, Sabtu lalu yang berkesudahan seri 0-0 kerana kaki lebam.
“Kami bercakap dengan doktor dan berpendapat cara terbaik ialah berhati-hati (dengan Ibrahimovic).
“Dia terlalu sakit. Kami perlu melihat jika kami mampu mendapatkannya balik bagi (hari ini),” kata jurulatih Barca, Pep Guardiola selepas perlawanan La Liga, Sabtu lalu.
Ibrahimovic berlatih berasingan daripada skuad itu kelmarin, di samping Seydou Keita, Eric Abidal dan Pedro yang kesemuanya menamatkan pertembungan di Valencia yang lasak itu dengan kesakitan.
Lionel Messi melengkapkan 90 minit penuh di Mestalla biarpun bermain dua perlawanan kelayakan yang menyentuh perasaan dan berhujan dengan Argentina minggu lalu dan prestasinya kelihatan di bawah tahap sebenar.
“Ia normal kerana kadangkala anda mengalami hari surut.
“Pasukan itu tidak berada pada tahap terbaik (menentang Valencia), tetapi dia masih salah seorang daripada pemain terbaik kami,” kata pemain tengah, Keita mengenai Messi, kelmarin.
Pendahulu Liga Sepanyol itu memiliki Bojan Krkic semula selepas pulih daripada kecederaan dan Guardiola mampu menempatkannya ke serangan jika Ibrahimovic tidak cergas tepat masanya.
Barca turut mengetuai kumpulan Liga Juara-Juara dengan empat mata daripada dua perlawanan dan melayani sebuah pasukan Rubin Kazan yang akan dijulang selepas meraih mata pertama mereka dalam persaingan kelab elit Eropah dalam perlawanan terakhirnya.
Sementara itu, kelab Rusia itu mengikat gergasi Itali, Inter Milan 1-1 di Kazan bulan lalu dan jurulatih Kurban Berdyev yakin keputusan ini akan membantu pasukannya.
“Kami akan menentang Barcelona, pasukan terbaik di dunia jadi kami tiada apa yang akan rugi dan banyak untuk diperoleh daripada perlawanan itu,” katanya.
Berdyev merehatkan beberapa pemain utama ketika kemenangan liga mereka 2-1 ke atas FC Khimki yang perit, Sabtu lalu tetapi amat bimbang apabila penyerang Rusia, Alexander Bukharov meninggalkan padang selepas hanya tiga minit dengan satu kecederaan kaki.
“Syukur tuhan, kakinya tidak patah dan saya harap dia akan bersedia tepat masanya bagi Barcelona,” kata Berdyev. Pemain tengah Afrika Selatan, Macbeth Sibaya pula masih digantung perlawanan.
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!