MANCHESTER United memberi amaran awal kepada pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas menewaskan juara bertahan, Chelsea 3-1 untuk menjuarai Piala Perisai Kemasyarakatan di Stadium Wembley malam ini.
Skuad bimbingan Sir Alex Ferguson itu mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Antonio Valencia empat minit sebelum rehat.
Javier Hernandez menjadikan kedudukan 2-0 buat United pada minit ke-76 sebelum jaringan Salomon Kalou tujuh minit kemudian memberikan sedikit harapan buat Chelsea untuk bangkit.
Namun jaringan Dimitar Berbatov pada minit kedua masa kecederaan membuatkan penonton Red Devils bersorak kegembiraan menyaksikan pasukan mereka menjulang trofi pertama musim ini.
Pada saingan sama tahun lalu, Chelsea munjul juara selepas menumpaskan United menerusi penentuan penalti.
Tags: Chelsea, Juara Perisai Kemasyarakatan, Liga Perdana Inggeris, Manchester United, Manchester United Juara, Perisai Kemasyarakatan, Perisai Komuniti