KL Plus tidak gentar hadapi Kelantan

WALAUPUN dilabel sebagai underdog, KL Plus tetap mengharapkan kemenangan apabila turun menentang Kelantan pada pusingan pertama suku akhir Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, esok.

Pengurus pasukan, Husni Mohd Yusof berkata mereka akan memberi tentangan sebaik mungkin kepada Kelantan yang juga juga naib juara Piala FA musim ini.

“Kami percaya kemenangan dapat dicapai dengan adanya semangat berpasukan yang tinggi daripada pengurusan, jurulatih dan pemain seperti yang ditunjukkan sebelum ini,” katanya.

Husni berkata pasukan yang dibimbing jurulatih, Mat Zan Mat Aris itu perlu mencari jumlah jaringan yang selesa bagi memastikan mereka berada dalam kedudukan baik apabila berkunjung ke tempat lawan bagi perlawanan pusingan kedua Sabtu ini.

“Penjaring terbanyak Liga Perdana, Mohd Harris Safwan Kamal yang dipinjam daripada T-Team juga sudah mempamerkan sentuhan pemusnahnya dengan meledak dua jaringan ketika menentang Melaka (perlawanan terakhir peringkat kumpulan).

“Jadi saya harapkan sentuhannya akan berterusan selain konsistensi seorang lagi penyerang, Mohd Fadzli Saari yang sudah meledak lima gol setakat ini, termasuk hatrik ketika menentang Pahang pada 6 Oktober lalu,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan rekod pertemuan Liga Super musim ini, kekuatan kedua-dua pasukan tidak banyak berbeza apabila KL Plus menang 2-0 di Cheras dan tewas 0-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

“Cuma apa yang akan menjadi kelebihan adalah semangat pemain Kelantan dan sorakan penyokong fanatik skuad The Red Warriors itu,” katanya.

About the Author

Berita Bola has written 109 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.