Juventus seri, Inter Milan lebar penguasaan

JUARA bertahan, Inter Milan melebarkan penguasaan kepada tiga mata di persada Serie A selepas membelasah kelab kerdil, Genoa 5-0 kelmarin.

Kegembiraan anak-anak buah Jose Mourinho ini kian memuncak apabila pencabar terdekat, Juventus diikat Fiorentina 1-1 dalam satu lagi aksi di Turin.

Jaringan babak pertama daripada Esteban Cambiasso, Mario Balotelli dan Dejan Stankovic meletakkan Inter selesa 3-0 di depan sebelum rehat.

Pemain gantian, Patrick Vieira menambah gol keempat sebelum Maicon melengkapkan pertemuan yang didominasi juara Serie A tiga kali berturut-turut itu.

“Saya hanya mahu beritahu yang kami telah memenangi tiga mata yang penting. Tidak kira kami menang 5-0 atau 1-0, apa yang paling diperlukan ialah mata untuk memenangi kejuaraan ini,” kata Mourinho.

“Kamu boleh bercakap mengenai prestasi mana-mana pemain tetapi saya lebih gemar untuk bercakap tentang prestasi pasukan ini yang telah menghadiahkan kegembiraan buat penyokong kami.”

Sementara itu, Juventus dan Fiorentina gagal menggunakan peluang untuk merampas kedudukan daripada Inter apabila jaringan Juan Vargas berjaya disamakan penyerang Brazil, Amauri di Turin.

Lebih membimbangkan bagi Juventus, ini adalah perlawanan keempat dalam Serie A dan kelima berturut-turut mereka gagal mencatat kejayaan.

“Saya tidak gembira dengan situasi ini. Satu mata ini masih belum cukup, kami tidak boleh berpuas hati dengan keputusan ini,” kata jurulatih Juve, Ciro Ferrara.”

Kosmo

About the Author

Berita Bola has written 109 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.