Burnley bangkit ikat Manchester City
- Sunday, November 8, 2009, 8:36
- Liga Perdana Inggeris, Manchester City
- 71 views
- Add a comment
MANCHESTER City dikerah untuk terikat 3-3 dengan Burnley pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium City, awal pagi tadi dengan menyaksikan pasukan pelawat memperoleh gol penyamaan tiga minit sebelum tamat permainan.
Tottenham Hotspur yang sebelum ini tewas dua perlawanan kepada Aston Villa dan Bolton Wanderas, pula melonjak ke tangga keempat selepas menewaskan Sunderland 2-0. Portsmouth pula kekal di tempat tercorot liga selepas tewas kepada Blakburn Rovers 3-1.
Sementara itu, City hampir mampu memperoleh mata penuh selepas Shaun Wright-Phillips, Kolo Toure dan Craig Bellamy merobek gol Burnley. Sebelum itu, pasukan pelawat berkenaan berjaya mendahului 2-0 sebelum City menyamakan kedudukan dan mendalui 3-2 menerusi jaringan Bellamy.
Namun, gol lewat Kevin McDonald berjaya membawa pulang kelabnya satu mata, iaitu mata pertama Burnley di tempat lawan musim ini.
“Tidak adil untuk saya berkata bahawa saya kecewa dengan persembahan anak buah saya pada separuh masa pertama. Mereka bangkit dan berusaha sepenuhnya sehingga satu masa kita mendahului,” kata Pengurus Manchester City, Mark Hughes.
City kini di tangga keenam dengan 20 mata, manakala Villa (21) dan Tottenham (22).
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!