Arsenal belasah Wolves, rampas tangga kedua dari United

ARSENAL meneruskan rentak konsisten apabila menang selesa 4-1 ke atas Wolverhampton Wanderers di gelanggang lawan pada saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Kemenangan berkenaan membolehkan Arsenal merampas kedudukan tangga kedua daripada Manchester United, berkongsi mata dengan juara musim lalu itu namun mempunyai kelebihan gol ke atas United.

Kedudukan Arsenal mungkin kekal memandangkan United berdepan tugas sukar hari ini apabila menentang Chelsea di Stamford Bridge, kecuali jika anak buah Sir Alex Ferguson itu berjaya menundukkan The Blues atau sekurang-kurang mencatat keputusan seri.

Arsenal kini memungut 25 mata daripada 11 perlawanan dengan kaptennya, Cesc Fabregas sekali lagi menyinar dengan membuat jaringan kesembilannya musim ini. Dua jaringan awal Arsenal diperoleh menerusi jaringan sendiri oleh pemain Wolves.

“Ia satu prestasi yang amat baik. Kami memulakan permainan dengan menguasai mereka dari mula hingga akhir,” kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Wolves kini jatuh di tempat ketiga tercorot. Mereka bermula dengan baik tetapi gol sendiri menerusi Ronald Zubar dan Jody Craddock memusnahkan penguasaan mereka.

Pada separuh masa kedua, Fabregas memperoleh jaringannya diikuti Andrei Arshavin untuk gol keempat Arsenal. Gol sagu hati Wolves diperoleh menerusi Craddock.

About the Author

Berita Bola has written 109 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.