Milan, Real Madrid sama hebat

REAL Madrid gagal menebus kekalahan di tangan AC Milan dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah di Santiago Bernabeu dua minggu apabila sekadar seri 1-1 dengan kelab Itali itu pada aksi peringkat kumpulan C di San Siro awal pagi tadi.

Kedua-dua gol dijaringkan pada babak pertama dengan Real Madrid terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Karim Benzema pada minit ke-29.

Bagaimana pun kelebihan jaringan itu gagal dipertahankan Real apabila bekas Pemain Terbaik Dunia, Ronaldinho menyempurnakan penalti pada minit ke-35 untuk memastikan satu mata dan berkongsi kedudukan tujuh mata daripada empat perlawanan.

Keputusan itu membolehkan kedua-dua bekas Juara Eropah itu menghampiri peringkat kalah mati yang turut disaing hebat pasukan tangga ketiga, Marseille yang membelasah FC Zurich 6-1 dalam satu lagi aksi kumpulan sama.

Walaupun gagal membalas kekalahan 3-2 di Bernabeu dua minggu lalu, Madrid bermain lebih baik terutama sebelum waktu rehat.

Real menguasai separuh masa pertama seperti mana mereka lakukan di tempat sendiri dan jurulatih Manuel Pellegrini menegaskan pasukannya patut menang perlawanan itu.

“Saya tak mahu bercakap mengenai keputusan pengadil, kami bermain dengan baik dalam separuh masa pertama dan menunjukkan sikap yang betul,” katanya.

Carta Liga Juara Eropah

About the Author

Berita Bola has written 109 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2009 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.