Gol minit akhir hampakan Liverpool

JARINGAN Ryan Babel pada minit ke-83 dilihat mampu mengubah nasib Liverpool pada saingan Liga Juara Eropah, namun kegembiraan peminat The Reds tidak berkekalan apabila Lisandro Lopez menyumbat gol di minit akhir perlawanan untuk mengikat kedudukan sekali gus menyebabkan peluang kelab dari England itu untuk layak ke pusingan kalah mati berada di hujung tanduk.

Selepas tewas 1-3 di tangan Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris, Rafael Benitez mengharapkan anak-anak buahnya mampu mengubah nasib Liverpool di peringkat Eropah, namun keputusan seri 1-1 menentang Lyon awal pagi tadi memusnahkan peluang The Reds dan hanya keajaiban yang dapat menyelamatkan kelab itu untuk terus bersaing.

Kejayaan Fiorentina membelasah Debrecen 5-2 dalam satu lagi aksi kumpulan E menyaksikan wakil Itali itu mencipta jurang lima mata dengan Liverpool untuk berada di tangga kedua di belakang Lyon ketika aksi peringkat kumpulan hanya berbaki dua perlawanan.

Lyon kekal di tangga teratas kumpulan E dengan 10 mata manakala Fiorentina (9) dan Liverpool (4), Debrecen kekal di dasar kumpulan tanpa sebarang mata selepas kalah semua perlawanan.

Sementara itu satu lagi Kelab England, Arsenal tidak menghadapi sebarang masalah menundukkan AZ Alkmaar 4-1 di Stadium Emirates, sekali gus mara ke pusingan kedua dari kumpulan H.

Kelab Sepanyol, Sevilla turut mara ke peringkat seterusnya sekali pun hanya mencatat keputusan seri 1-1 dengan Stuttgart.

Saingan kumpulan F pula terus terbuka apabila Rubin Kazan mengikat juara musim lalu, Barcelona tanpa jaringan manakala Inter Milan berjaya bangkit menewaskan Dynamo Kiev 2-1 menerusi dua jaringan lewat dalam tempoh tiga minit.

Carta Liga Juara Eropah

About the Author

Berita Bola has written 109 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.