Ashley Cole terlepas aksi menentang Brazil

BEK kiri Chelsea dan England, Ashley Cole terpaksa berehat lebih tiga minggu akibat kecederaan kaki yang memaksanya melupakan aksi persahabatan antarabangsa menentang Brazil di Qatar, Sabtu ini.

Keretakan tulang tibia Cole dikesan sebelum perlawanan Ahad lalu, yang menyaksikan Chelsea menang 1-0 ke atas Manchester United di tempat sendiri. - kemenangan membantu pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu memiliki kelebihan lima mata berbanding juara bertahan, United.

Cole terlepas tiga perlawanan selepas mengalami kecederaan itu ketika The Blues menang, 4-0 ke atas Atletico Madrid dalam Liga Juara-Juara Eropah di Stamford Bridge, bulan lalu. Dia beraksi semula ketika aksi timbal balik menentang Atletico dalam Kumpulan D, minggu lalu namun memerlukan suntikan ketika berdepan United.

Cole turut digugurkan daripada skuad England diumumkan jurulatih kebangsaan, Fabio Capello, Ahad lalu dengan Stephen Warnock dari Aston Villa menggantikannya.

“Dia (Cole) mengalami keretakan tibia, kecederaan dialami ketika aksi tempat sendiri menentang Atletico Madrid, bulan lalu. Dia ditimpa masalah itu sebelum menentang Manchester United dan memerlukan suntikan untuk beraksi. Bagaimanapun, kecederaannya makin serius ketika beraksi dalam perlawanan itu hingga terpaksa digugurkan daripada skuad England, minggu ini,” kata jurucakap Chelsea.

About the Author

Berita Bola has written 109 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.