- Thursday, December 31, 2009, 6:05
- Liga Perdana Inggeris, Manchester United, Wigan
- 108 views
WIGANWigan kendalian Roberto Martinez mengekang United pada peringkat awal aksi di Old Trafford sebelum Rooney mendominasi untuk United meraih kemenangan mudah dan mengecilkan jurang kepada hanya dua mata dengan pendahulu, Chelsea.
Rooney memecah kebuntuan dengan penyudah cantik - gol ke-15nya musim ini - dan penyerang England itu percaya dia mampu mengatasi rekod dicatat pada musim 2006-2007 apabila menjaringkan 23 gol untuk United.
Gol lain United adalah sumbangan ...
Full story
- Thursday, December 31, 2009, 6:03
- Arsenal, Liga Perdana Inggeris
- 73 views
EDUARDO, Samir Nasri, Aaron Ramsey dan Alex Song meletakkan diri pada senarai penjaring buat Gunners dalam perlawanan yang berlangsung di Fratton Park, untuk meninggalkan Arsenal menghampiri empat mata dengan pendahulu, Chelsea dengan satu perlawanan dalam tangan.
Namun, Wenger mengakui dia kekurangan ramuan di bahagian serangan dengan Nicklas Bendtner dan Robin van Persie cedera manakala Theo Walcott bergelut untuk kembali cergas ke tahap sepenuhnya.
Wenger berkata: “Saya masih ...
Full story
- Thursday, December 31, 2009, 6:01
- Liga Perdana Inggeris, Liverpool
- 152 views
LIVERPOOL bernasib baik apabila memperoleh gol kemenangan menerusi jaringan Fernando Torres pada minit-minit akhir perlawanan.
Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard menabik Fernando Torres selaku 'penyerang terbaik dunia' selepas peledak Sepanyol itu menjaringkan gol tunggal untuk menewaskan Aston Villa 1-0 di gelanggang lawan.
Jaringan pada minit ke-93 itu adalah juga gol ke-50 bagi penyerang lincah itu yang dianggap pemain Liverpool terpantas untuk mengejar angka berkenaan selepas hanya memerlukan ...
Full story
- Thursday, December 31, 2009, 1:03
- Perlawanan Persahabatan, Skuad Kebangsaan
- 301 views
Skuad emas kebangsaan berjaya menundukkan Syria 4-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebagai persediaan menjelang kelayakan Piala Asia menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 6 Januari ini.
Syafiq Rahim membuka tirai jaringan Malaysia menerusi sepakan penalti pada minit ke-31. Syafiq sekali lagi mempamer penyudah berbisa apabila menyumbat gol kedua pada minit ke-60, juga menerusi tendangan penalti.
Bagaimana pun Syria berjaya merapatkan jurang tiga minit selepas ...
Full story
- Tuesday, December 29, 2009, 9:09
- Piala Emas Raja-Raja
- 132 views
INSIDEN keganasan penyokong mencemari final Piala Emas Raja-Raja yang menyaksikan perlawanan dihentikan 10 minit sebelum Perlis dinobatkan sebagai juara baru apabila membenam Kedah 2-0 di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam tadi.
Perlawanan itu turut menyaksikan dua atau tiga pemain dibuang padang (laporan Berita Harian dua pemain manakala laporan Utusan Malaysia tiga pemain dilayang kad merah?), masing-masing penjaring gol pertama Perlis, Romdhi Zat Jamian pada minit ke-82 ...
Full story
- Tuesday, December 29, 2009, 3:44
- Chelsea, Liga Perdana Inggeris
- 124 views
DUA jaringan dalam tempoh dua minit pada lewat perlawanan memastikan Chelsea mencipta kemenangan 2-1 ke atas Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.
Kemenangan itu menyaksikan Chelsea unggul di puncak liga seterusnya kembali menjarakkan jurang kepada lima mata dengan pencabar terdekatnya, Manchester United yang akan beraksi menentang Wigan Athletic awal pagi Khamis ini.
Pada aksi di Stamford Bridge itu, Zoltan Gera terlebih dahulu meletakkan Fulham ...
Full story
- Tuesday, December 29, 2009, 3:36
- Piala Emas Raja-Raja
- 107 views
AKSI Final Piala Emas Raja-Raja antara Kedah dan Perlis yang berlangsung di Stadium Darulaman malam tadi mencatat senario baru bola sepak tempatan (selain Liga Malaysia dan Piala Malaysia) apabila disaksikan 30,000 penonton yang memenuhi segenap penjuru stadium.
Perlawanan akhir berkenaan turut disaksikan Raja Muda Kedah, Tuanku Abdul Malik Mu'adzam Shah; Puteri Sultan Kedah, Tunku Datuk Seri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri ...
Full story
- Tuesday, December 29, 2009, 2:53
- Piala Emas Raja-Raja
- 121 views
DENDAM 13 tahun Perlis berbalas malam tadi apabila mencipta kemenangan 2-0 ke atas Kedah untuk menjuarai perlawanan Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009 dalam saingan akhir mendebarkan yang turut dicemari rusuhan penonton di Stadium Darulaman, di Alor Setar.
Insiden tersebut berlaku pada lima minit terakhir permainan apabila sebilangan penonton memasuki padang untuk memaksa pengadil Mohd Nazer Mohd Said dari Selangor memberhentikan perlawanan pada lima minit terakhir saingan.
Ini ...
Full story
- Tuesday, December 29, 2009, 1:33
- Chelsea, Liga Perdana Inggeris
- 58 views
CHELSEA terpaksa bangkit dari ketinggalan satu gol sebelum meraih kemenangan sukar 2-1 ke atas Fulham di Stamford Bridge, awal pagi ini.
Penonton di Stamford Bridge tergamam seketika apabila Zoltan Gera menyumbat gol pembukaan hanya selepas tiga minit perlawanan berlangsung dan tampak selesa sehingga sejam perlawanan.
Tembok kebal Fulham akhirnya runtuh dengan dua gol berturut-turut dalam tempoh dua minit. Satu menerusi jaringan Didier Drogba minit ke-73 dan satu ...
Full story
- Tuesday, December 29, 2009, 1:00
- Liga Perdana Inggeris, Tottenham
- 117 views
DUA gol pada setiap babak memberikan kemenangan 2-0 buat Tottenham ketika melayani kunjungan West Ham di White Hart Lane malam tadi.
Luka Modric yang kembali membarisi kesebelasan utama Spurs selepas pulih dari kecederaan sejak Ogos lalu membuka tirai jaringan tuan rumah pada minit ke-11. Bekas penyerang West Ham, Jermain Defoe menambah gol kedua pada minit ke-81.
Kemenangan ini membolehkan Tottenham naik ke tangga keempat liga dengan 37 ...
Full story