Aston Villa 0 Liverpool 1

LIVERPOOL bernasib baik apabila memperoleh gol kemenangan menerusi jaringan Fernando Torres pada minit-minit akhir perlawanan.

Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard menabik Fernando Torres selaku ‘penyerang terbaik dunia’ selepas peledak Sepanyol itu menjaringkan gol tunggal untuk menewaskan Aston Villa 1-0 di gelanggang lawan.

Jaringan pada minit ke-93 itu adalah juga gol ke-50 bagi penyerang lincah itu yang dianggap pemain Liverpool terpantas untuk mengejar angka berkenaan selepas hanya memerlukan 72 kemunculan. Ia juga gol ke-12 daripada 15 penampilannya dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

About the Author

Sokernet has written 142 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.