Chelsea catat kemenangan sukar ke atas Fulham

DUA jaringan dalam tempoh dua minit pada lewat perlawanan memastikan Chelsea mencipta kemenangan 2-1 ke atas Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Chelsea unggul di puncak liga seterusnya kembali menjarakkan jurang kepada lima mata dengan pencabar terdekatnya, Manchester United yang akan beraksi menentang Wigan Athletic awal pagi Khamis ini.

Pada aksi di Stamford Bridge itu, Zoltan Gera terlebih dahulu meletakkan Fulham di hadapan menerusi jaringan seawal minit keempat. Chelsea berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan Didier Drogba pada minit ke-73 sebelum pemain Fulham, Chris Smalling menjaringkan gol sendiri dua minit kemudian untuk menghadiahkan kemenangan buat Chelsea.

Chelsea kini kekal di tangga teratas dengan 45 mata selepas mengharungi 20 perlawanan. United pula di tangga kedua dengan 40 mata daripada 20 perlawanan manakala Arsenal di tangga ketiga dengan 38 mata selepas beraksi 18 perlawanan.

Di Stadium Britannia, Birmingham City melonjak ke tangga ketujuh selepas menang tipis 1-0 ke atas Stoke City hasil jaringan Cameron Jerome.

Di Goodison Park, Everton menewaskan Burnley 2-0 hasil jaringan James Vaughan dan Steven Pienaar manakala Blackburn Rovers terikat 2-2 dengan Sunderland di Ewood Park.

About the Author

Sokernet has written 145 stories on this site.

One Comment on “Chelsea catat kemenangan sukar ke atas Fulham”

Trackbacks

  1. Chelsea 2 Fulham 1

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.