Final: Negeri Sembilan 3 Kelantan 1
- Saturday, November 7, 2009, 23:29
- Piala Malaysia
- 315 views
- 2 comments
NEGERI Sembilan mengakhiri penantian 61 tahun untuk bergelar juara Piala Malaysia 2009 selepas menewaskan Kelantan 3-1 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
Negeri Sembilan mendahului Kelantan 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Shahurain Abu Samah pada minit ke-18.
Hanya seminit memasuki babak kedua, Negeri Sembilan menambah satu lagi gol menerusi Hairudddin Omar untuk menjadikan kedudukan 2-0 sebelum jaringan penalti Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak pada minit ke-60 melengkapkan malam penuh gemilang skuad Hoben Jang Hoben itu.
Kali terakhir Negeri Sembilan membawa pulang piala berprestij tersebut ialah pada tahun 1948 yang ketika itu dikenali sebagai Piala HMS-Malaya.
Kelantan yang merupakan pasukan favorite pada aksi final malam ini dilihat lemah dalam melakukan penyudah untuk mencari gol di samping pertahanan yang longgar sekaligus memberi peluang kepada pemain Negeri Sembilan menyumbat gol.
Namun bintang Kijang, Indra Putra Mahayuddin berjaya memperoleh gol saguhati pada masa kecederaan m-93 melalui sepakan percuma menarik untuk sekaligus muncul penjaring terbanyak Piala Malaysia 2009 menewaskan pesaing terdekatnya, Mohd Zaquan Adha.
Kapasiti 85,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil yang majoritinya dipenuhi dengan penyokong Kelantan turut diwarnai dengan pelbagai kejadian yang kurang menarik termasuk beberapa kerusi penonton dibakar selain botol air minuman dan mercun dibaling ke dalam padang.
About the Author
2 Comments on “Final: Negeri Sembilan 3 Kelantan 1”
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!
apa lah penyokong kel. macam org x berfikiran waras. next time kelantan jangan main bola. main makyong, gasing dan dikir barat je yang boleh
bkn mslh pnyokong klntn xbfkran waras…
org2 n9 2 y men tipu..
y pkai bomoh 2 apsal????
kalw tkut ckp takut ni main bomoh..
sape2 pn blh mng