8 pasukan berentap suku akhir Piala Malaysia
- Monday, October 19, 2009, 12:24
- Piala Malaysia
- 105 views
- Add a comment
(14 Okt 2009) - SELEPAS berakhir aksi peringkat kumpulan, lapan pasukan yang layak ke suku akhir saingan Piala Malaysia 2009 ialah KL Plus, Negeri Sembilan, Johor FC, Selangor, Kelantan, Perlis, Terengganu dan KM Naza.
Juara bertahan, Kedah bagaimana pun gagal untuk melangkah ke peringkat lapan pasukan terakhir apabila gagal menjuarai kumpulan E atau sekurang-kurangnya muncul naib juara kumpulan terbaik.
Bagi Kumpulan A, KL Plus muncul juara biarpun mereka tewas 0-1 kepada Perlis pada aksi di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur.
Satu lagi perlawanan kumpulan tersebut menyaksikan Pahang membelasah Melaka 6-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Negeri Sembilan pula sah sebagai juara Kumpulan B selepas menewaskan Terengganu 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi tatkala Johor membelasah Sarawak 5-0 di Johor Bahru.
Selangor pula yang sudah sah sebagai juara Kumpulan D tewas 2-3 kepada KM Naza di Stadium Darul Aman, Alor Setar manakala PDRM terikat 2-2 dengan Sabah di Selayang.
Perlawanan suku akhir bakal berlangsung secara timbal balik pada 20 dan 24 Oktober ini.
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!