Messi bantu Barcelona atasi Dynamo Kiev
- Sunday, October 18, 2009, 17:29
- Barcelona, Liga Juara Eropah
- 35 views
- Add a comment
(30 Sept 2009) - LIONEL Messi dan Pedro Rodriguez meledak gol untuk membantu penyandang juara, Barcelona mengalahkan Dynamo Kiev 2-0 dan naik ke tangga teratas Kumpulan F, Liga Juara-Juara, semalam.
Messi menjaringkan gol pada minit ke-26 selepas menerima hantaran Andres Iniesta dan memintas dari sebelah kanan sebelum melakukan rembatan rendah yang gagal dihalang oleh penjaga gol Kiev, Olexandr Shovkovskiy.
Pemain gantian, Pedro menggandakan kelebihan Barcelona pada minit ke-76 juga menerusi rembatan rendah kaki kiri hasil hantaran Zlatan Ibrahimovic.
Pertama kali beraksi di tempat sendiri pada kempen kali ini, Barcelona sepatutnya mencatat kemenangan lebih besar tetap beberapa percubaan gol dinafikan oleh Shovkovskiy.
“Ia kemenangan yang penting. Memang penting menang di tempat sendiri dalam saingan Liga Juara-Juara,” kata Pedro.
Dalam perlawanan kumpulan yang sama, Rubin Kazan seri 1-1 dengan Inter Milan.
Selepas dua perlawanan, Barcelona mengumpul empat mata manakala Kiev tiga mata.
Ini diikuti Inter Milan dua mata, satu mata mengatasi Rubin.
“Lebih bagus mendahului secepat yang mungkin kerana kami dalam kumpulan sukar. Kemenangan hari ini amat penting. Kami mengorak langkah kecil untuk layak ke pusingan kedua,” kata jurulatih Barcelona, Pep Guardiola.
Sementara itu, jurulatih Kiev, Valeri Gazzaev berkata: “Barcelona berada pada satu tahap lain.”
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!