ATLETICO Madrid mengejutkan juara Eropah, Inter Milan 2-0 dalam perlawanan Piala Super Eropah di Stade Louis II pagi tadi.
Jose Antonio Reyes membuka jaringan pada minit ke-62 sebelum Sergio Aguero memadam harapan Inter dengan gol kedua Atletico pada minit ke-83 sekaligus memberikan kemenangan mudah buat penyandang juara Liga Europa itu.
Kekecewaan Inter bertambah pada minit-minit akhir permainan apabila sepakan penalti Diego Milito, yang baru sahaja dinobatkan sebagai penyerang terbaik UEFA musim lalu, diselamatkan oleh penjaga gol Atletico, David de Gea.
Inter di bawah kendalian jurulatih baru, Rafa Benitez tampak longlai dan semestinya khidmat Jose Mourinho masih lagi ditagih oleh para penyokong Inter.
Tags: Atletico Madrid, Inter Milan, Juara, Piala Super Eropah