Chelsea tewas angkara kealpaan benteng
- Monday, October 19, 2009, 13:27
- Chelsea, Liga Perdana Inggeris
- 28 views
- Add a comment
PENGURUS Chelsea, Carlo Ancelotti mula panas punggung apabila kelab bimbingannya mengalami kekalahan dua perlawanan berturut-turut di gelanggang lawan, sekali gus memaksa The Blues melepaskan kembali cengkaman di persada Liga Perdana Inggeris kepada musuh ketat, Manchester United.
Tanpa berselindung Ancelotti mengkritik sikap lewa pemain-pemainnya selepas dua kesilapan mudah di dalam kotak penalti membawa padah buat Chelsea dalam aksi menentang Aston Villa Sabtu lepas (17 Oktober).
Chelsea mencatat kekalahan kedua dalam Liga Perdana Inggeris selepas tewas 1-2 kepada Aston Villa di gelanggang lawan.
Namun, Ancelotti jelas sekali berang selepas gawang pasukannya dibolosi dua kali hasil daripada sepakan penjuru, walau pun ketika itu mendahului lawan dengan satu gol.
Chelsea mendahului 1-0 pada minit ke-15 menerusi jaringan Didier Drogba, namun Richard Dunne dan James Collins menanduk masuk dua gol mudah hasil kesilapan barisan pertahanan Chelsea.
“Kami tewas pada perlawanan ini kerana kami melakukan dua kesilapan mudah. Kami perlu lebih fokus dalam situasi seperti ini,” jelas Ancelotti.
“Saya sangat kecewa dengan corak permainan yang kami pamerkan. Kami tidak mahu kalah kerana kesilapan sebegini dan kami tidak kisah kalah kepada pasukan yang bermain dengan baik daripada kami.
“Aston Villa melakukan tugas mereka dengan baik. Mereka sangat bagus dalam set piece ini.”
Begitupun, bekas jurulatih AC Milan itu yakin anak-anak buahnya akan menebus semula kesilapan pada aksi Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid, Rabu ini.
“Apabila kami kalah, sudah tentu kami tidak gembira, tetapi saya rasa setakat ini pasukan kami telah beraksi dan menjalankan tugas mereka dengan baik,” kata Ancelotti.
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!