Inter Milan bangkit benam Barcelona
- Wednesday, April 21, 2010, 7:13
- Barcelona, Inter Milan, Liga Juara Eropah
- 430 views
- Add a comment
INTER Milan bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menundukkan juara bertahan, Barcelona 3-1 pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.
Ini kali pertama Barcelona tewas dengan ketinggalan margin dua gol di bawah kendalian pengurus, Pep Guardiola.
Inter melakukan kebangkitan dramatik selepas ketinggalan gol awal Barca menerusi Pedro Rodríguez pada minit ke-19.
Gol Inter diperoleh menerusi Wesley Sneijder pada minit ke-30, Maicon (m-48) dan Diego Milito (m-61).
Perbezaan dua gol itu nyata memberi kesulitan kepada Barcelona untuk perlawanan separuh akhir kedua di Nou Camp, Rabu depan.
Bertambah malang lagi apabila kapten Barcelona, Carles Puyol menerima kad kuning kedua dan tidak akan bermain minggu depan. Inter juga kehilangan pemain tengahnya, Dejan Stankovic atas kesalahan sama.
Apa yang menarik di San Siro ialah kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan yang unggul dengan kemahiran bola sepak yang tinggi bertaraf dunia.
“Apa-apa boleh berlaku pada perlawanan kedua nanti. Kami akan ke sana (Nou Camp dan mungkin kami akan kalah atau saya sendiri akan kehilangan pekerjaan nanti,” kata jurulatih Inter, Jose Mourinho pada sidang akhbar selepas perlawanan.
“Apa yang berlaku sudah berlalu dan ia satu impian yang dicapai. Ia satu realiti. Kami berhak menang.
“Kami melihat jentera pasukan bekerja dengan cukup baik sehingga saat terakhir,” katanya.
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!