Jaringan Robben beri kelebihan buat Bayern

BOLA lencongan penyerang Belanda, Arjen Robben pada separuh masa kedua memberikan kemenangan 1-0 buat Bayern Munich ke atas Olympique Lyon pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-juara Eropah yang menyaksikan dua pemain di perintah keluar padang.

Pada perlawanan yang penuh aksi kekerasan itu, Frank Ribery dari Bayern telah dikenakan kad merah kerana menerjah buku lali penyerang Lyon, Lisandro Lopez pada minit ke-37.

Lyon juga bermain 10 orang sembilan minit separuh masa kedua bermula apabila Jeremy Toulalan dilayangkan kad kuning kedua.

Robben, yang menikmati musim pertama di Jerman dengan cemerlang berjaya menembusi jaring lawan pada minit ke-69 apabila sepakan dari jarak jauhnya terkena rakan sepasukan Thomas Mueller sebelum bola melencong dan gagal diselamatkan penjaga gol Hugo Lloris.

Pada satu lagi aksi separuh akhir yang berlangsung semalam, Inter Milan menewaskan juara bertahan, Barcelona 3-1 di San Siro walau pun pada peringkat kelab Itali itu ketinggalan menerusi jaringan Pedro Rodriquez pada minit ke-19.

Perlawanan separuh akhir kedua dijadualkan 27 dan 28 April depan.

About the Author

Berita Bola has written 157 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.