Kedah mahu hadiah piala kepada Tuanku
- Monday, December 28, 2009, 15:28
- Piala Emas Raja-Raja
- 48 views
- Add a comment
KETUA jurulatih Kedah, Mohamed Ramlee yang pernah membimbing skuad kendaliannya menjuarai Piala Presiden 2004 serta muncul naib juara Sukma, kini mahu memastikan pasukannya menjuarai Piala Emas Raja-Raja dengan menewaskan Perlis di Stadium Darulaman, malam ini.
Menurutnya, menjulang trofi Piala Emas itu menjadi matlamat utamanya kerana mereka kini hanya selangkah untuk bergelar juara.
“Saya teruja dengan keupayaan kami yang dibarisi ramai pemain muda layak ke perlawanan akhir dan inilah juga peluang terbaik kami untuk menjuarainya di depan peminat sendiri.
“Saya pasti semua pemain juga begitu berazam menjuarai pertandingan ini kerana mahu menghadiahkan Piala Emas ini kepada peminat nombor satu bola sepak negeri, Tuanku Sultan Kedah yang akan menyambut keputeraan baginda bulan depan.
“Selain itu, kami juga mahu mengubati kekecewaan peminat Kedah apabila kami gagal mempertahankan tiga kejuaraan yang dimenangi sejak dua musim lalu,” katanya.
Menurut Mohamed, mereka sedar Perlis bukan calang-calang pasukan kerana dianggap lebih mantap dan berpengalaman tapi kejayaan Kedah mengetepikan cabaran Kelantan selaku penyandang juara pada suku akhir dan Singapura di separuh akhir menyuntik keyakinan anak buahnya.
“Saya sudah berjumpa dengan semua pemain bersama pengurus pasukan, Mohd Firdaus Jaafar dan mereka sedar apa yang perlu dilakukan sehingga wisel penamat.
“Prestasi pemain saya meningkat sejak dari pusingan awal dan saya sudah mengatur strategi khas untuk perlawanan akhir ini.”
Sementara itu Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yakin Perlis mampu membawa pulang piala kebanggaan orang Melayu ketika menentang Kedah pada perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja di Stadium Darulaman, Alor Star, malam ini.
Biarpun lawan bakal ditemui itu pasukan tuan rumah, beliau percaya peningkatan ditunjukkan skuad bimbingan Khamal Idris Ali itu tidak akan mempunyai halangan bergelar juara.
Justeru, beliau mengharapkan semua pemain menunjukkan kesungguhan dan semangat juang tinggi serta beraksi sebagai satu pasukan. dan bukannya bersifat pentingkan diri.
“Saya percaya dan yakin jika pemain mempamerkan semangat juang tinggi, bermain sebagai sebuah pasukan dan tidak penting diri, kejayaan pasti milik kita,” katanya. ketika berucap pada majlis meraikan pemain dan pegawai Perlis di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis, semalam.
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!