Perlis tampil ‘underdog’, Kedah manfaat kelebihan padang sendiri

BIARPUN tampil selaku ‘underdog’ bukan mustahil untuk Perlis melakukan kejutan ke atas Kedah, sekali gus menjulang trofi Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009 selepas final di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam ini.

Bagi pengurus Perlis, Prof Madya Mazelan Abdul Hamid, misi itu mampu direalisasikan jika pemain yang diturunkan bagi menggalas cabaran pada pertemuan itu memberi tumpuan penuh serta menyuntik sifat yakin tinggi mencipta kejayaan.

Selain itu, katanya, beberapa elemen lain perlu juga diberi perhatian dalam menentukan kejayaan pasukan termasuk semangat juang dan kesungguhan tinggi barisan pemain serta paling penting keupayaan jentera serangan meledakkan jaringan.

“Bagi saya jika pemain menunjukkan semangat juang tinggi, memberi fokus penuh terhadap permainan, memiliki keyakinan mencipta kejayaan dan jentera serangan tidak mensia-siakan peluang untuk meledak jaringan, kejayaan pasti milik pasukan.

“Saya harap pemain yang memikul tugas pada perlawanan itu nanti berusaha melakukan yang terbaik bagi memastikan impian mencipta kejayaan menjulang Puncak Piala Emas Raja-Raja itu tercapai,” katanya sebagai mengulas pertembungan Perlis-Kedah dalam final di Alor Setar, malam ini.

Kali terakhir Perlis beraksi di pentas final ialah 13 tahun lalu (1996) sebelum kalah tipis 0-1 kepada Kedah Stadium Darulaman, Alor Setar.

About the Author

Sokernet has written 145 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.