Chelsea, Man U diundi lawan sukar, Real Madrid jumpa Lyon

BARCELONA dijangka tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah apabila juara bertahan itu diundi menentang kelab bermasalah dari Jerman, Stuttgart di pusingan kedua yang dijadualkan Februari tahun depan.

Bagaimanapun finalis musim lalu, Manchester United berdepan laluan sukar selepas diundi menentang kelab gergasi Itali, AC Milan yang dijangka akan membariskan bekas bintang sensasi mereka, David Beckham.

Satu lagi kelab England, Chelsea turut tidak bernasib baik apabila ditentang Inter Milan yang mendapat sentuhan bekas bos The Blues, Jose Mourinho. Juara sembilan kali, Real Madrid pula bakal berdepan wakil Perancis, Lyon manakala Arsenal bertemu kelab Portugal, Porto.

Perlawanan peringkat kalah mati dijalankan secara timbal balik dengan juara setiap kumpulan mendapat kelebihan bermain di gelanggang sendiri pada perlawanan kedua. Perlawanan pertama dijadualkan pada 16-24 Februari 2010 manakala perlawananan kedua pada 9-17 Mac 2010.

About the Author

Sokernet has written 58 stories on this site.

One Comment on “Chelsea, Man U diundi lawan sukar, Real Madrid jumpa Lyon”

Trackbacks

  1. Undian pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah 2009/10

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2009 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.