AC Milan tewaskan AS Roma 2-1
- Monday, October 19, 2009, 13:34
- Liga Serie A Itali
- 58 views
- Add a comment
AC MILAN akhirnya berjaya memungut tiga mata penuh selepas mengharungi empat perlawanan berturut-turut saingan Liga Serie A Itali tanpa sebarang kemenangan.
Dalam aksi di San Siro awal pagi tadi Milan bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menewaskan AS Roma 2-1 hasil jaringan bekas pemain terbaik dunia, Ronaldinho yang turut membantu gol kedua buat rakan senegaranya, Alexandre Pato.
Milan ketinggalan seawal minit ketiga menerusi jaringan Jeremy Menez sebelum Ronaldinho menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-56 untuk tuan rumah menyamakan kedudukan.
Pato menjaringkan gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-67 sekali gus mengurangkan tekanan buat jurulatih Milan, Leonardo selepas prestasi terumbang ambing dipamerkan anak buahnya pada permulaan musim ini.
Bekas juara Eropah itu hanya menang dua daripada tujuh perlawanan liga sebelum aksi menentang Roma awal pagi tadi.
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!