Keputusan Final Sukan SEA 2009 Malaysia vs Vietnam
- Thursday, December 17, 2009, 17:45
- Skuad Kebangsaan, Sukan Sea
- 399 views
- Add a comment
HARI ini jutaan peminat bola sepak Malaysia bakal berada di depan kaca TV masing-masing untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2009 antara Malaysia menentang Vietnam.
Untuk rekod, sebanyak 1.7 juta penonton menyaksikan siaran langsung di TV2 perlawanan separuh akhir antara Malaysia dan Laos, tiga hari lepas.
Perlawanan akhir hari ini dijadualkan bermula jam 6 petang dan dapat ditonton secara Live menerusi TV2 dan TV3. Live streaming menerusi internet turut mengalami kesesakan ketara petang ini. Anda memerlukan pakej broadband melebihi 1mbps untuk menyaksikan perlawanan menerusi online.
MALAYSIA: Mohd Sharbinee Allawee, Mohd Sabree Mat Abu, Mohd Nasriq Baharom, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Baddrol Bakhtiar,K.Gurusamy, S.Kunalan, Safiq Rahim, Ahmad Fakri Saarani (Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak), Mohamad Muslim Mohamad (Mohamad Azmi Muslim), Norshahrul Idlan Talaha (Amar Rohidan).
VIETNAM: Bui Tan Truong, Nguyen Quy Suu, Vo Hoang Quang, Mai Tien Thanh, Mai Xuan Hop, Tran Dinh Dong, Phan Thanh Binh, Pham Thanh Luong, Nguyen Thanh Long Giang, Phan Thanh Hung (Tran Manh Dung), Nguyen Ngoc Anh (Nguyen Trong Hoang).
PENGADIL: Pratap Singh (India)
Keputusan penuh:
Malaysia 1-0 Vietnam (jaringan sendiri Mai Xuan Hop m-85)
Keputusan babak pertama: Malaysia 0-0 Vietnam
Perlawanan pertama bagi merebut pingat gangsa dimenangi Singapura yang menewaskan Laos 3-1.
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!