Eto’o sasar cipta rekod penjaring terbanyak

PENYERANG Cameroon, Samuel Eto’o berharap untuk memecah rekod jaringan individu Piala Negara-Negara Afrika, iaitu sembilan gol apabila kempen kejohanan bermula di Angola, minggu depan.

Rekod tersebut dilakukan pemain Zaire (kini dikenali sebagai Republik Congo), Mulamba Ndaye pada 1974, dan hampir didekati pemain Mesir, Hossam Hassan serta Benni MacCarthy dari Afrika Selatan dengan menjaringkan tujuh gol, 12 tahun lalu.

“Objektif utama saya adalah untuk menjaringkan gol terbanyak dalam perlawanan itu nanti,” kata Eto’o kepada pemberita Kenya ketika dalam latihan persediaan perlawanan tersebut.

Eto’o yang menyertai Inter Milan dari Barcelona tahun lalu, merupakan penjaring terbanyak dalam dua edisi terakhir kejohanan Piala Negara-Negara Afrika, masing-masing dengan lima gol.

Keghairahannya untuk menjaringkan sembilan gol tidak pernah pudar sejak saingan kelayakan lagi.

Eto’o menyumbat sembilan gol sepanjang kempen kelayakan untuk muncul penjaring kedua tertinggi di belakang pemain yang kurang dikenali, Moumouni Dagano dari Burkina Faso.

Selain menjadi sandaran untuk mencari gol, Eto’o juga membuktikan bahawa dia adalah inspirasi rakan-rakan sepasukan dengan menjadi kapten, menggantikan bekas ketua pasukan terdahulu, Rigobert Son tahun lalu.

About the Author

Sokernet has written 145 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.