60,000 penyokong Kelantan ke Bukit Jalil

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) wajar menyediakan lebih daripada separuh tempat duduk di Stadium Nasional, Bukit Jalil kepada penyokong Kelantan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah itu bagi menjamin penyokong Kelantan dapat menonton perlawanan final Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan dalam keadaan selesa.

“Saya menjangkakan tempat duduk penyokong Kelantan lebih padat jika hanya separuh tempat itu disediakan untuk penyokong Kelantan dan selebihnya pula kepada penyokong Negeri Sembilan,” kata Annuar Musa.

Pada masa yang sama, Annuar berkata, faktor keselamatan penonton dalam stadium juga perlu diberi perhatian sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini.

“Lebih 60,000 penyokong Kelantan akan memenuhi Stadium Nasional bagi memberi sokongan kepada skuad Kijang pada perlawanan final Piala Malaysia itu nanti,” tambahnya.

Annuar turut mengharapkan penyokong Kelantan dapat menunjukkan disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi semasa berada di Bukit Jalil.

“Saya menasihatkan penyokong Kelantan supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan suasana tegang semasa berada di dalam dan di luar stadium,” ujarnya.

About the Author

Berita Bola has written 157 stories on this site.

One Comment on “60,000 penyokong Kelantan ke Bukit Jalil”

  • nur diana dafi zakaria wrote on 30 October, 2010, 15:14

    gomo kelate gomo,gomo jge tok gomo

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.