Penalti kontroversi selamatkan Liverpool dari diaib Birmingham
- Tuesday, November 10, 2009, 8:52
- Liga Perdana Inggeris, Liverpool
- 134 views
- 2 comments
PENGURUS Liverpool, Rafael Benitez kini semakin tertekan apabila The Reds gagal menewaskan Birmingham di gelanggang sendiri dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.
Tuan rumah dikira sangat bernasib baik apabila mendapat penalti kontroversi pada babak kedua yang berjaya disempurnakan ketua pasukan, Steven Gerrard untuk mencatat keputusan seri 2-2 dengan Birmingham sekali pun mendahului lawan 1-0 menerusi jaringan David Ngog pada minit ke-13.
Sebaliknya pasukan pelawat berjaya bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Cristian Benitez pada minit ke-26. Birmingham akhirnya di depan hasil rembatan kencang Cameron Jerome sebelum berakhir babak pertama.
Keputusan seri kali ini bermakna Liverpool hanya menang sekali dalam sembilan perlawanan terakhirnya yang menyukarkan The Reds untuk kembali merebut posisi empat pasukan teratas liga.
Liverpool berada di tangga ketujuh dengan mengumpul 19 mata, Manchester City satu tangga di atas dengan 20 mata namun masih berbaki satu perlawanan dalam tangan, manakala Aston Villa di tangga kelima (21 mata).
About the Author
2 Comments on “Penalti kontroversi selamatkan Liverpool dari diaib Birmingham”
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!
knape liverpool lawan man u die mnang???
berikan komen anda…
knape man u lawan liverFOOL,ie menang????
lawan cap ayam die kalah…
berikan alasan anda