Bola sepak England hadapi zaman suram

SKUAD kebangsaan England berdepan masa depan yang suram, kata Pengurus Blackburn Rovers, Sam Allardyce selepas perlawanan antara Portsmouth dan Arsenal, Rabu lalu yang menjadi perlawanan utama pertama menyaksikan tiada pemain Inggeris dalam barisan yang memulakan aksi.

“Masa depan skuad England nampak cukup suram,” kata Allardyce menjelang pertemuan pasukannya menentang Aston Villa bagi pusingan ketiga Piala FA.

“Liga Perdana dan FA perlu duduk semeja membincangkan perkara ini,” katanya.

Presiden Fifa, Sepp Blatter sudah lama berkempen untuk peraturan ‘Enam + Lima’ bagi mengehadkan jumlah pemain asing, tetapi peraturan itu melanggar undang-undang Eropah, sekali gus menyukarkan penguatkuasaannya.

Dalam perlawanan Rabu lalu, yang dimenangi Arsenal 4-1, menyaksikan pemain dari 15 negara daripada 22 yang beraksi, dengan tujuh daripadanya dari Perancis.

About the Author

Sokernet has written 145 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.