Beckham, Ronaldinho bantu Milan belasah Genoa
- Friday, January 8, 2010, 23:10
- AC Milan, Inter Milan, Liga Serie A Itali
- 31 views
- Add a comment
DAVID Beckham membuat penampilan semula bersama AC Milan dengan penuh bergaya apabila aksinya selama 76 minit membantu kemenangan besar 5-2 ke atas Genoa sekali gus kelabnya melonjak ke tangga kedua Serie A awal pagi semalam.
Dipinjamkan semula ke Milan untuk tahun kedua bagi mengekalkan kecergasan demi mendapat tempat dalam skuad England di Piala Dunia, Beckham yang bermain di bahagian serangan bersama Marco Borriello dan Ronaldinho hampir menyumbat gol pada separuh masa pertama, namun percubaan jarak jauhnya singgah di tepi jaring.
Jaringan penalti Ronaldinho dan Klaas Jan Huntelaar, dua gol sumbangan Borriello serta percubaan Thiago Silva menghadiahkan kemenangan buat Milan manakala Giuseppe Sculli dan David Suazo menghasilkan gol untuk Genoa.
Inter Milan kekal di tangga teratas kumpulan hasil jaringan awal Mario Balotelli untuk merakam kemenangan 1-0 ke atas Chievo Verona.
“Saya gembira dengan persembahan hari ini,” kata jurulatih Inter, Jose Mourinho. “Ini adalah pasukan yang boleh memberikan masalah kepada pihak lawan. Prestasi ini membuatkan saya tersenyum.
“Kami mempunyai pemain yang mempamerkan personaliti dan karakter. Kami juga memiliki pemain lain yang menjalankan tugas dengan baik.” Inter mendahului dengan 42 mata, lapan mata mengatasi Milan. Juventus di tangga ketiga dengan 33 mata selepas mengalahkan Parma 2-1.
Luca Toni kembali beraksi dalam saingan bola sepak Itali selepas lebih dua tahun berkelana di Jerman, namun hanya bermain 10 minit terakhir ketika AS Roma seri 2-2 dengan Cagliari.
“Ia sesuatu yang memalukan kerana kami menguasai Cagliari untuk keseluruhan permainan kecuali lapan minit terakhir,” kata jurulatih Roma Caludio Ranieri.
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!