Archive for the ‘Liga Perdana Inggeris’ Category

Page 2 of 5«12345»

Aston Villa 0 Liverpool 1

LIVERPOOL bernasib baik apabila memperoleh gol kemenangan menerusi jaringan Fernando Torres pada minit-minit akhir perlawanan. Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard menabik Fernando Torres selaku 'penyerang terbaik dunia' selepas peledak Sepanyol itu menjaringkan gol tunggal untuk menewaskan Aston Villa 1-0 di gelanggang lawan. Jaringan pada minit ke-93 itu adalah juga gol ke-50 bagi penyerang lincah itu yang dianggap pemain Liverpool terpantas untuk mengejar angka berkenaan selepas hanya memerlukan ... Full story

Chelsea catat kemenangan sukar ke atas Fulham

DUA jaringan dalam tempoh dua minit pada lewat perlawanan memastikan Chelsea mencipta kemenangan 2-1 ke atas Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. Kemenangan itu menyaksikan Chelsea unggul di puncak liga seterusnya kembali menjarakkan jurang kepada lima mata dengan pencabar terdekatnya, Manchester United yang akan beraksi menentang Wigan Athletic awal pagi Khamis ini. Pada aksi di Stamford Bridge itu, Zoltan Gera terlebih dahulu meletakkan Fulham ... Full story

Chelsea 2 Fulham 1

CHELSEA terpaksa bangkit dari ketinggalan satu gol sebelum meraih kemenangan sukar 2-1 ke atas Fulham di Stamford Bridge, awal pagi ini. Penonton di Stamford Bridge tergamam seketika apabila Zoltan Gera menyumbat gol pembukaan hanya selepas tiga minit perlawanan berlangsung dan tampak selesa sehingga sejam perlawanan. Tembok kebal Fulham akhirnya runtuh dengan dua gol berturut-turut dalam tempoh dua minit. Satu menerusi jaringan Didier Drogba minit ke-73 dan satu ... Full story

Tottenham 2 West Ham 0

DUA gol pada setiap babak memberikan kemenangan 2-0 buat Tottenham ketika melayani kunjungan West Ham di White Hart Lane malam tadi. Luka Modric yang kembali membarisi kesebelasan utama Spurs selepas pulih dari kecederaan sejak Ogos lalu membuka tirai jaringan tuan rumah pada minit ke-11. Bekas penyerang West Ham, Jermain Defoe menambah gol kedua pada minit ke-81. Kemenangan ini membolehkan Tottenham naik ke tangga keempat liga dengan 37 ... Full story

Hull City 1 Manchester United 3

MANCHESTER United berjaya mengecilkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea kepada hanya dua mata selepas menundukkan Hull City 3-1 di kandang lawan malam tadi. Penyerang England, Wayne Rooney meletakkan United di depan pada minit ke-45, tetapi Hull menyamakan kedudukan menerusi penalti Craig Fagan di minit ke-59. Kesilapan pertahanan tuan rumah, Andy Dawson menyumbat gol ke gawang sendiri di minit ke-73 kembali meletakkan United di depan, sebelum ... Full story

Arsenal 3 Aston Villa 0

ARSENAL terus beraksi garang apabila membenam antara pasukan pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini, Aston Villa 3-0 di Stadium Emirates malam tadi. Cesc Fabregas hadir selaku pemain gantian untuk menyumbat dua gol membantu The Gunners menewaskan Aston Villa. Kejayaan itu menyaksikan Arsenal melonjak sementara ke tangga kedua buat beberapa jam sahaja dan kembali pada kedudukan asal (tempat ketiga) selepas juara bertahan, Manchester United menewaskan Hull ... Full story

Liverpool 2 Wolverhampton 0

LIVERPOOL memperoleh kemenangan yang dicari-cari selepas berjaya mengatasi Wolverhampton 2-0 di Anfield, awal pagi tadi. Di sebalik prestasi semakin merudum sejak kebelakangan ini, jaringan ketua pasukan, Steven Gerrard minit ke-62 dan Yossi Benayoun lapan minit kemudian memulihkan semula reputasi The Reds sebagai pencabar Liga Perdana Inggeris. Bagaimanapun kemenangan berkenaan hadir ketika lawan bermain dengan 10 orang selepas pertahanan Wolves, Stephen Ward dilayangkan kad merah pada minit ke-53. Full story

Fulham 0 Tottenham 0

TOTTENHAM berterima kasih kepada penjaga gol dari Brazil, Heurelho Gomes yang bertindak keluar dari posisi untuk menyelamatkan kubunya dari dibolosi, memberikan satu mata buat Spurs ketika berkunjung ke Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris, lewat malam tadi. Kedua-dua pasukan mengakhiri perlawanan dengan keputusan seri tanpa jaringan, mengecewakan Spurs untuk berada dalam kelompok empat pasukan teratas liga. Keputusan seri bagaimanapun lebih mengecewakan buat Fulham yang beraksi cemerlang ... Full story

Manchester City 2 Stoke City 0

MANCHESTER City menghadiahkan kemenangan sulung buat pengurus barunya, Roberto Mancini selepas menang 2-0 ke atas Stoke City di halaman sendiri dalam aksi Liga Perdana Inggeris lewat malam tadi. Bekas pengurus City, Mark Hughes dipecat minggu lalu selepas City mencatat kemenangan 4-3 ke atas Sunderland dan digantikan dengan Mancini, bekas pengurus Inter Milan. Kedua-dua gol City dijaringkan pada babak pertama menerusi Martin Petrov pada minit ke-28 dan Carlos ... Full story

Birmingham 0 Chelsea 0

CHELSEA terus dirundung malang apabila sekali mencicirkan dua mata berharga selepas diikat seri tanpa jaringan dengan Birmingham dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium St Andrew malam tadi. Lebih malang buat Chelsea apabila terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain apabila Florent Malouda dilayang kad merah pada minit-minit akhir perlawanan selepas mengutip dua kad kuning dalam perlawanan berkenaan. Kunci kepada kejayaan Birmingham City mengutip satu mata dengan pendahulu ... Full story
Page 2 of 5«12345»
Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved.
Powered by Sokernet.com, Berita Bola Terkini and Info Bola Sepak Teams.