Mali bangkit ikat Angola selepas ketinggalan 0-4

MALI mempamer kebangkitan luar biasa dengan menjaringkan empat gol ketika perlawanan berbaki 11 minit untuk mengikat Angola 4-4 dalam aksi pembukaan Piala Negara Afrika 2010, awal pagi tadi.

Selepas dibayangi insiden serangan, perlawanan pembuka tirai Piala Negara Afrika sebaliknya rancak dengan Mali bangkit untuk mencatat keputusan seri 4-4 dengan tuan rumah dalam saingan Kumpulan A di Luanda.

Angola melakukan asakan awal untuk mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Flavio Armado pada minit ke-36 dan 42.

Ini diikuti jaringan dua penalti oleh Gilberto dan Manucho pada minit ke-67 dan 74.

Bagaimanapun, Mali tersentak apabila baki perlawanan sebenar hanya tinggal 11 minit lagi dengan melakukan kebangkitan mengagumkan.

Seydou Keita melakukan dua jaringan pada minit ke-79 dan masa tambahan manakala satu gol menerusi Frederic Kanoute dan Mustapha Yattabare bagi mengubah kedudukan menjadi terikat 4-4.

Jurulatih Angola, Manuel Jose berkata: “Keputusan seri ini bagi saya sama dengan kekalahan.

“Bagaimanapun, saya terpaksa terima keputusan ini walaupun ia pahit untuk ditelan.

“Bola sepak di Afrika masih dalam menimba pengalaman kerana mereka mempunyai kemahiran tapi amat sedikit semangat,” katanya.

Jurularih Mali, Stephen Keshi yang pernah bersama skuad kebangsaan Nigeria pada 1990-an dulu bagaimanapun juga mempunyai pandangan sama.

“Ia amat sukar untuk mempercayai kami bangkit untuk 16 minit terakhir (termasuk waktu kecederaan) dengan melakukan empat jaringan. Saya gembira kerana keputusan seri, tapi saya kecewa dengan persembahan pasukan saya sebenarnya,” katanya.

About the Author

Sokernet has written 145 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.