Chelsea belasah Stoke 7-0
- Monday, April 26, 2010, 12:48
- Chelsea, Liga Perdana Inggeris
- 164 views
- Add a comment
SALOMON Kalou menggegar gawang tiga kali manakala Frank Lampard menyumbat dua gol ketika membantu Chelsea membelasah Stoke City 7-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge awal pagi tadi.
Kemenangan mutlak itu sekali gus membolehkan The Blues kembali menerajui carta liga selepas 24 jam diambil alih Manchester United yang menang 3-1 ke atas Tottenham pada perlawanan hari Sabtu.
Kejayaan itu juga memberi kelebihan satu mata buat anak buah Carlo Ancelotti ketika aksi liga hanya berbaki dua perlawanan dan saingan bagi buruan mahkota kejuaraan musim ini sah menjadi percakaran antara Chelsea dengan United.
Dalam perlawanan berkenaan Kalou menjaringkan gol pada minit ke-24, 31 dan 68 manakala Frank Lampard minit ke-44 (penalti) dan 81 dengan dua lagi menerusi Daniel Sturridge (m-87) dan Florent Malouda (m-89).
Sementara itu, Liverpool dan Aston Villa menyalakan sisa-sisa harapan layak ke Liga Juara-Juara Eropah, musim depan manakala Burnley sah tersingkir ke liga bawah.
Dua gol daripada kapten pasukan, Steven Gerrard membantu Liverpool menewaskan Burnley 4-0 manakala jaringan tunggal James Milner menerusi sepakan penalti membantu Aston Villa menewaskan Birmingham City 1-0.
Everton turut ceria selepas menewaskan Fulham 2-1 dengan Mikel Arteta menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit terakhir perlawanan di Goodison Park.
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!