Aston Villa hampiri kelompok elit
- Monday, April 26, 2010, 13:08
- Aston Villa, Liga Perdana Inggeris
- 130 views
- Add a comment
JAMES Milner menyalakan harapan Aston Villa untuk layak ke kancah Liga Juara-Juara Eropah, musim depan selepas menjaringkan gol tunggal menewaskan Birmingham City 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi.
Pemain tengah skuad England mengesahkan kemenangan itu menerusi sepakan penalti pada minit ke-83 selepas pemain Birmingham, Roger Johnson didakwa menjatuhkan penyerang tuan rumah, Gabriel Agbonlahor dalam kotak. Keputusan pengadil, Martin Atkinson dipertikaikan secara keras oleh pelawat.
Villa kini terikat mata sama dengan pasukan keempat, Tottenham Hotspur – kedudukan terakhir untuk layak ke Liga Juara-Juara.
“Saya mengerti kekecewaan mereka kerana bertindak baik, tetapi ia sudah banyak kali berlaku bagi kami musim ini,” kata pengurus Villa, Martin O’Neill.
“Jika mereka mempertikaikan keputusan pengadil mengenai sepakan penalti jelas mereka salah kerana ia memang sepakan penalti. Saya sudah melihatnya ia adalah penalti.”
Pengurus Birmingham, Alex McLeish pula berkata: “Ia satu rempuhan hebat. Peminat seluruh dunia melihat apa yang berlaku dan ia satu keputusan buruk oleh pengadil.
“Ia satu persembahan baik daripada pemain saya dan saya rasa kami harus menang, bukan kalah kepada penalti yang kontroversi seperti ini.”
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!