MU kembali ke puncak liga

MANCHESTER United kembali ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris, sekurang-kurangnya untuk 24 jam, selepas dua gol penalti Ryan Giggs dan satu gol Nani memastikan kemenangan 3-1 ke atas Tottenham Hotspur di Old Trafford, malam tadi.

Chelsea mampu merampas semula kedudukan sekiranya dapat mengutip tiga mata penuh apabila berdepan Stoke City di Stamford Bridge, malam ini.

Dalam pada itu, Manchester City terlepas peluang untuk memintas pasukan tangga keempat Tottenham apabila gagal mencari kemenangan penting, sekali gus mencerahkan peluang ke Liga Juara-Juara Eropah selepas hanya seri 0-0 dengan Arsenal di Emirates.

Namun United jelas cemerlang apabila kemenangan ke atas Spurs meletakkan mereka dua mata di depan Chelsea dengan baki dua perlawanan, sambil sekali lagi anak buah Sir Alex Ferguson membuktikan kehebatan untuk menjaringkan gol penting pada lewat permainan.

Selepas terikat 1-1 dan permainan berbaki 10 minit hasil sepakan penalti pertama Giggs pada minit ke-58 dan disamakan Ledley King pada minit ke-70, United bingkas dengan jaringan cantik Nani yang menewaskan penjaga gol, Heurelho Gomes, sebelum Giggs memastikan satu lagi sepakan penalti empat minit sebelum tamat.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson memuji jaringan Nani dan gembira berada semula di puncak menjelang baki dua perlawanan.

“Kami menewaskan pasukan paling cemerlang ketika ini dan membuktikan perwatakan kami. Kami bermain dengan baik, itu yang penting.”

About the Author

Berita Bola has written 157 stories on this site.

Write a Comment

Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!

Copyright © 2010 Berita Bola Terkini. All rights reserved. Powered by Sokernet Team: Sokernet.com | Liga Malaysia | Berita EPL and Piala Dunia 2010.