Nasib Liverpool di ‘hujung tanduk’
- Friday, November 6, 2009, 20:15
- Liga Juara Eropah, Liverpool, Lyon
- 101 views
- Add a comment
NASIB bekas juara Eropah, Liverpool kini ibarat ‘telur di hujung tanduk’ selepas hanya mampu terikat 1-1 dengan Lyon dalam saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi semalam (Khamis).
Keputusan seri membolehkan Lyon mara ke pusingan kali mati untuk menyertai Sevilla, yang turut melayakkan diri dari Kumpulan G selepas turut diikat 1-1 oleh VfB Stuttgart.
Dalam perlawanan di Perancis, Liverpool sepatutnya mampu memenangi perlawanan dari babak pertama lagi apabila Fernando Torres, Dirk Kuyt dan Andriy Voronin beroleh peluang yang cantik.
Kemenangan kelihatan bakal menjadi milik mereka selepas pemain gantian, Ryan Babel menjaringkan gol cantik ketika saingan tinggal tujuh minit untuk ditamatkan, namun Lisandro Lopez menghancurkan hati Liverpool dengan menyumbat gol penyamaan pada baki tiga minit terakhir.
Keadaan tambah tegang buat skuad bimbingan Rafael Benitez itu apabila Fiorentina pula mencatat kemenangan besar 5-2 ke atas Debrecen di tempat sendiri dalam kumpulan sama.
Adrian Mutu membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-14, sebelum menambah empat lagi gol menerusi Dario Dainelli (52), Riccardo Montolivo (59), Marco Marchionni (61) dan Alberto Gilardino pada minit ke-74.
Begitupun, keputusan seri yang dicatat itu bakal menyaksikan Liverpool tersingkir daripada kempen musim ini seandainya Fiorentina berjaya menewaskan Lyon hujung bulan ini.
“Saya tidak fikir tugas saya kini dalam bahaya. Lagipun, saya tidak memikirkan sangat mengenai perkara itu dan lebih suka memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya. Apa yang pasti, kedudukan kami semakin sukar tetapi semua ini bukan mustahil,” kata Benitez.
About the Author
Write a Comment
Gravatars are small images that can show your personality. You can get your gravatar for free today!