Rajagobal: Pengkritik Harimau Malaya hanya tahu menghentam

PENGENDALI Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal tidak menghiraukan kecaman dan kritikan dilemparkan terhadapnya berikutan prestasi hambar anak buahnya menjelang sepak mula kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 di Bukit Jalil, mulai Ahad depan.

Sebaliknya Rajagobal tetap menumpukan sepenuh perhatian terhadap perjuangan pasukan Malaysia mempertahankan piala dimenangi dua tahun lalu.

“Biarlah apa orang nak kata dan cakap, saya tetap memberi tumpuan penuh kepada misi mempertahankan gelaran. Saya yakin anak buah saya akan memberi persembahan terbaik apabila kejohanan bermula nanti.

“Hentikanlah tindakan menghukum pasukan sebelum sempat mereka bertanding dalam kejohanan sebenar, katanya di Pulau Pangkor Beach Resort,” semalam.

Jurulatih itu menyelar tindakan segelintir pihak yang pada pendapatnya hanya gemar mengkritik tetapi tidak memberi sumbangan ke arah pembangunan bola sepak negara.

Walaupun jurulatih berusia 56 tahun itu mengakui pencapaian anak buahnya dalam perlawanan persahabatan setakat ini kurang memberangsangkan, ia tidak boleh dijadikan penyebab menghentam pasukan.

Inilah pemain yang melakarkan kejayaan gemilang muncul juara Sukan SEA dan kemudian memenangi Piala Suzuki AFF selepas 14 tahun, katanya.

Mengenai kedatangan ke Pulau Pangkor, Rajagobal berkata ia bukan kerana hendak lari daripada sebarang tekanan sebaliknya bertujuan memberi peluang merehatkan minda dan motivasi kepada pemain.




coded by nessus

19 Responses to Rajagobal: Pengkritik Harimau Malaya hanya tahu menghentam

  1. gobal….gobal……………….tahniah anda seorang sang juara yg hebat….hehe…..

    • org komen nak perubahan.. wahai sigopal macam dunia
      FAM dia yg punya.. tebalkan telingan tebalkan
      poket..apa org nak kata bknnya boleh ubah apa2..ada
      mata tapi hati macam buta nak menilai.. pencapaian
      hanya khayalan ciptaannya sahaja betul padahal stasistik komen semuanya benci Gobal.cuma merelakan demi nama Malaysia..dan takde kuasa nak merubah…

    • rilex ler RG… apakata kalu menang lagi AFF lu jadi hero… kalu final/semi final pun tak layak masuk.. resign jeeeeee….

  2. apapun kemelut yg mlanda pasukn negara…sebagai peminat bolasepak tanah air mengharapkn apa yg dnyatakn rajagopal mempertaankn kejuaraan mjadi kenyataan….

  3. datuk rajagopal dah panas punggung,cuti deepavali pun dia tak cuti haritu.kesian pulak aku tengok.sebab tak dengar cakap orang,suka sangat ber”eksperimen”.kalau diambil sahaja blueprint formasi klantan kan senang,kemudian ditambah sahaja pemain berkualiti dari team2 lain.

    pasukan hoki remaja malaysia,tahun lepas gah dengan juara pada kedudukan nombor satu,tapi tahun ni berakhir dengan kedudukan tercorot.adakah nasib yang sama berlaku pada skuad bola sepak malaysia???????

  4. RGobal hanya tinggal sebulan lg kat FAM, kini dia dgn Subahan sibuk cari kerja toreh getah di estet. AFF lalu sb nasib saja….kali ni baru tau tinggi rendah ke langit.

  5. HARAP RAJAGUBALLL TUKAR BAJU PLAK…BAJU PUTIH HANG DA X DE TUAHHH…HAKKPUIIIIHHHHHHH

  6. Eksperimen la konon..Kalau eksperimen kenapa tak pernah pun panggil PIYA, SHAHRUL NIZAM @ SHUKOR ADAN yang konsisten dan cemerlang dalam kebanyakan game liga super berbanding player yang prestasi naik sekali-sekala..DAN cuba namakan Attacking Midfielder yang bagus dalam skuad sekarang selain SYAFIQ??..Yilek!!

    • raja saggupal: SAYA LEBEY KENAL PEMAYIN SAYA…ITU KALO MEREKA MAHU MAIN INI TEAM HARIMAU MALAYA …TUNGGU AKU KENA PECAT DULU LAAAAA….TUNGGU COACH BARU AMBIL ITU ORANG…POODAH CITTT…

    • Sibuk je asek nak player..kalau aku jadi player pon…aku sakit hati..tgh best2 maen ngan malaysia..org duk tukar dengan alasan nak wat eksperimen kimia dia..daripada elok dah serasi..jadi tak ok..sepatotnya..bila player tu tgh naek..tgh bagos..kita kasi je dia men..kecuali la if ada player laen yg lebih berkualiti..tp rasanya..pemain yg diuji tu.. takdela bagos pon..

  7. malaysia bolehhhhhhhhh

  8. bodoh pnya coach dgn knyataan diatas.hbs tu klau dh mmg prestasi merudum,kau nk srh pnyokong puji ke setiap kali mlysia klh.

  9. kenapa korang x puas hati sgt.. aku rasa coach skrg ni ok la juga dr coach2 sblom ni.. xda champion apa pun.. pk +ve sket.. mcm team2 lain x buat prsediaan lgsung..
    so team2 lain pn nk jd champion juga.. sama2 kuat.. klu korang nk kritik pn tunggu la abih aff cup.. klu kalah 5-0 ke? 10-0 ke? baru hentam.. ni sepak mula pn blom lg.. glabah montoya r korang sma sprti timb presiden fam.. bila champion nanti.. sy tau pasukan negara boleh.. ciceh dia..

    • xpuas hati la ..kerana bola sepak kita ni skadar kat tahap yg sama je..dah cuba bg sokongan dgan beli tiket ,pegi stadium..tgk dorang maen..bukan kemengangan yg diharapkan..cuma sdikit basic bola spak dan sistem permainan yg betol..ini passing bola pon tak betol lagi..baek maen ngan budak skolah…if jd juara aff pon..tak kemana jgk..kita bangga sgt dgn kejuaraan tahap asia tenggara..mana nk pegi..

  10. Nazmi Faiz nak maen ..dia tak kasi tempat..degil bebeno la..lawak2

  11. Dato’…peminat perlukan bukti. Pendapat peminat perlu di didengar juga sebagai supaya ada adding value utk HM.

  12. Rilek la…baru friendly match…tp ni semua faktor duit da dapat byk…mls nak main sungguh2…bila nama da famous…dapat jadi duta tu…duta ni….mula la lupakan darat….main pon mcm hampeh…diorag ni xsepatutnya bagi ganjaran yang melampau…bagi ganjaran tu boleh…tp xyah la over…smpai nak masuk TV cari publisiti…pemain2 lain sure jeles…FAM pon satu…manjekan player…player pon xde disiplin…apa2 pon smoga Malaysia menang aff suzuki cup nnti!!!selamanya Harimau Malaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>