JDT, Red Warriors lepas geram

  • JDT benam Selangor 4-1
  • Kelantan atasi T-Team 3-0

Johor Darul Takzim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 4-1 ke atas Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada Sabtu.

Skuad Harimau Selatan selesa mendahului Selangor pada separuh masa pertama hasil jaringan kapten pasukan Baihakki Khaizan pada minit ke-12 sebelum Hariss Harun menggandakan kedudukan pada minit ke-33.

JDT terus bernafsu untuk menambah jaringan dan berjaya meraih dua lagi gol menerusi penyerang import dari Argentina, Luciano Figueroa pada minit ke-52 dan Mohamad Fadhli Mohd Shas (59′).

Selangor merapatkan defisit jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Paulo Rangel pada minit ke-68 selepas beliau dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Baihakki.


Kelantan 3-0 T-Team | Foto: DuniaWarriors.com

Sementara itu Kelantan turut meraih tiga mata penuh selepas menang 3-0 ke atas T-Team di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu hasil jaringan Mohamed Shawky pada minit ke-32, Mohd Badhri Radzi (45′) dan Mohamed Ghaddar (84′)

Kemenangan itu membolehkan The Red Warriors naik ke tangga kedua Liga Super, ketinggalan satu mata di belakang pasukan tetangga, Terengganu.

Pemain dari Mesir, Mohamed Shawky Ali membuka tirai jaringan tuan rumah pada minit ke-32.

Kelantan berada dalam kedudukan selesa dengan dua lagi jaringan melalui ketua pasukan, Mohd Badhri Mohd Radhzi pada minit ke-44 dan Mohammed Ghaddar, pada minit ke-84 sekali gus mengutip kemenangan ketiga pada musim ini.

Video Johor DT 4-1 Selangor [KLIK]
Video Kelantan 3-0 T-Team [KLIK]

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

One Response to JDT, Red Warriors lepas geram

  1. lepas geram bola sebiji ramai2 kena rebut….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>