Final Piala Malaysia 2013 serlahkan semangat setiakawan

Final Piala Malaysia 2013 Pahang Juara vs Kelantan
Final Piala Malaysia 2013 Pahang vs Kelantan

Walaupun kawalan keselamatan yang dipertingkatkan di Stadium Shah Alam bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 di antara Kelantan dan Pahang, masih ada yang berdegil dan rela berdepan risiko.

Bermula dengan isu tiket palsu, larangan membakar api suar, bom asap serta ulat tiket telah dipandang serius oleh FAM dengan memperkenalkan sistem tiga pemeriksaan ke atas penonton bagi mengelak mereka membawa bahan berkenaan.

Lebih mengejutkan lagi polis menemui sepucuk pistol jenis Browning dan tujuh butir peluru di dalam tandas di Stadium Shah Alam bagi final edisi ke-87 itu.

Pada Ahad lalu, polis telah menahan seramai 86 orang atas kesalahan membawa tiket palsu dan mereka semua dibebaskan dengan jaminan polis. Polis juga menahan, lima lelaki atas pelbagai kesalahan antaranya membakar suar, membaling mercun dan botol.

Tetapi disebalik cerita negatif tersebut, fikirkan sejenak mengenai beberapa perkara positif yang berlaku sepanjang perlawanan.

1. Penyokong kedua pasukan dapat menikmati perlawanan dengan duduk bersebelahan.

Pemisah kawad duri di antara tempat duduk kedua peminat yang pada awalnya dipisahkan, terpaksa dibuka apabila stadium sesak. Namun apa yang terjadi adalah kedua penyokong dapat bersama.

2. Mercun, suar dan baling botol makin minima

Letupan mercun lebih kurang berlaku tiga kali sahaja sepanjang perlawanan dan membakar suar hanya berlaku di selepas perlawanan, itu pun kerana ada segelintir penyokong yang cuba berlagak hero.

3. Semangat ‘This is Pantai Timur’

Terdapat banyak kain rentang dengan slogan semangat setiakawan yang terjalin di antara penyokong terutamanya semangat This is Pantai Timur yang meredakan ketegangan antara penyokong.

4. Terima dengan hati terbuka

Kebanyakan penyokong Kelantan masih setia di tempat duduk untuk menghargai wira mereka di atas padang dan dapat menerima kekalahan mereka dengan hati terbuka.

Ia tidak sempurna, tapi ia akan membuka mata pihak bahawa segala kejadian bukan hanya terletak kepada tanggungjawab pihak keselamatan semata-mata.

- Stadium Astro

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

8 Responses to Final Piala Malaysia 2013 serlahkan semangat setiakawan

  1. hanya perepsi negetif dari akhbar yang mengeruh kan keaadan

  2. cucu tok berjanggut

    Betul benar. Kadang2 akhbar, kadang2 FAM sendiri….buat pemeriksaan 3 lapis lah konon…macam lah penyokong Pahang /Kelantan ganas bebenor. Depa dah berubah dah. Aku rasa spetol yg dijumpa dalam toilet tu mungkin ada malaun nak tunjuk kat pihak tertentu bahawa security 10 lapis pun takde ape2. Atau kemungkinan ada orang yg ada lesen spetol, tertinggal masa pi melabur. Tapi takut nak mengaku cara terbuka. Alih pi claim senyap2.

  3. Yg datang 1 kereta berlainan jersi pun ada. Yg pakai baju TRW, tp mafla Pahang pun ada. Yg paling menarik, jersi separuh TRW separuh Pahang. Mana depa beli jersi tu pun aku tak tahu.

  4. hahaha bukan serlahkan semangat setia kawan tpi terselahlah kebodohan dari pantai ketimuran hahaha…

  5. Dia org jealous nengok this is pantai timur…..wpun games mlm iyu menimbulkan sedikit keraguan…Whatever hidup bola malaya !!!

  6. ada jga team Jubo nk kmen kt cini…kalu xdpt piala diam2 je…org dpt piala..ko I love jdt dpt pelir je

  7. Potong Kote Orang

    apa punyaaaa worang…potong kote baru tau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>