[Video] FAM gantung Annuar Musa 2 tahun 6 bulan
Jawatankuasa Tatatertib sebulat suara memutuskan Tan Sri Annuar Musa bersalah dan digantung untuk tempoh dua tahun setengah berkuatkuasa hari ini atas dua tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Abdul Razak, berkata pertuduhan pertama dikenakan hukuman penggantungan 2 tahun, manakala pertuduhan kedua untuk tempoh enam bulan.
Beliau berkata, dua penggantungan itu tidak dilaksanakan serentak atas alasan ia membabitkan dua kesalahan berbeza.
Katanya, secara dasar Annuar tidak dibenarkan terbabit dalam aktiviti sukan bola sepak di negara ini sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat negeri.
Bagi pertuduhan pertama, ia membabitkan kesalahan mengeluarkan kenyataan media, manakala pertuduhan kedua membabitkan pelanggaran titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Ahmad Shah.
Video: Annuar Musa Digantung 2 Tahun 6 Bulan Kerana Komen Kepada Media
FAM gantung Annuar Musa 2 tahun 6 bulan
FAM gantung Annuar Musa dua setengah tahun
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa digantung dua setengah tahun berkuat kuasa hari ini.
Hukuman diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang lebih tiga jam, yang turut menetapkan bahawa Annuar tidak boleh mengemukakan rayuan.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak pada perbicaraan yang mengambil masa hampir tujuh jam itu.
“Ini bermakna. Annuar hilang status sebagai timbalan presiden dan juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa),” katanya yang mendedahkan ini bukan pertama Annuar menghadap Jawatankuasa Tataterbib FAM.
Hukuman itu diputuskan selepas jawatankuasa mendapati Annuar bersalah membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara yang melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014 pada 12 Februari lepas.
Mengikut peraturan FAM hanya Presiden dan Setiausaha Agungnya sahaja yang boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.
Taufik berkata, keputusan itu dibuat setelah jawatankuasa tersebut mendengar pembelaan daripada Annuar serta melihat rakaman video kenyataan Annuar yang dibuat oleh sebuah stesen televisen swasta.
“Setelah kita meneliti kesalahan beliau, berdasarkan artikel tersebut, selain mengguna pakai perkara yang termaktub dalam Perlembagaan FAM 4.5.8 (I) dan 4.5.8 (III), maka jawatankuasa sebulat suara mendapati beliau bersalah dan dikenakan hukuman gantung selama dua tahun setengah (30 bulan),” katanya.
Penggantungan Annuar menjadikan beliau individu ketiga menjadi ‘mangsa’ hukuman FAM selepas dua bekas Naib Presiden FAM sebelum ini, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil yang digantung kerana mengkritik FAM.Pada sidang media di Wisma FAM hari ini, Taufik berkata, pada perbicaran hari ini Annuar didakwa melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar, di mana hanya Presiden FAM yang boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.
Annuar juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lepas iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa yang berkenaan.
“Jawatankuasa bersidang memutuskan Annuar didapati bersalah dan hampir sebulat suara bersetuju hukuman berkenaan. Annuar dengan ini digantung dua setengah tahun walaupun terdapat anggota memutuskan hanya denda perlu dikenakan kepada beliau.
“Malah, hukuman bagi kes ini juga tidak boleh dirayu,” katanya.
Taufik berkata, sepanjang tempoh penggantungan tersebut, Annuar tidak dapat menjalankan aktiviti dalam pasukan kebangsaan dan juga kelab.
“Ini bermakna. Annuar hilang status sebagai timbalan presiden dan juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa),” katanya.
Sebelum itu, Annuar yang ditemui pemberita selepas inkuiri itu, berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai hukuman yang dikenakan kepadanya kerana badan induk bola sepak negara itu telah mengeluarkan arahan kepada beliau agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.
“Saya telah mendengar keputusan daripada jawatankuasa disiplin FAM, namun tidak sempat untuk mendengar hukuman kerana terpaksa bergegas ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Baharu bagi mengikuti perlawanan pasukan Kelantan bertemu pasukan AREMA (Indonesia) pada saingan Piala AFC malam ini,” katanya.
Annuar dipetik Bernama berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada FAM untuk menilai prestasinya sebagai Timbalan Presiden FAM selama ini.
“Saya meminta maaf kerana tidak memberi komen lanjut kepada media mengenai apa yang berlaku kerana perlu mendapat kebenaran bertulis daripada kongres FAM yang hanya bersidang dua atau tiga kali setahun,” katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada penyokongnya yang memberi sokongan padu selain tidak melanggar peraturan sepanjang perhimpunan aman hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata perhimpunan yang dihadiri kira-kira 200 penyokong Annuar Musa di hadapan Wisma FAM hari ini tidak melibatkan tangkapan mahupun kejadian yang tidak diingini berlaku.
Kira-kira 150 anggota polis berkawal di Wisma FAM sejak 1.30 tengah hari sehingga 7 malam.
April 4, 2012 - 11:49 pm
FUCK YOU F.A.M!
April 5, 2012 - 12:05 am
Sang presiden boleh tido lena dengan perginya seorang reformis. Sang presiden boleh tersenyum lega apabila tiada lg orang yg berani menegurnya.
Apalah besar sangat kesalahan mengkritik sebegitu sehingga digantung slama 2 tahun stengah?
Macam ada agenda. Ini adalah usaha terancang untuk membunuh karier TSAM di FAM dan KAFA.
April 5, 2012 - 2:07 am
RAJA ADIL RAJA DISEMBAH…
RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH…
April 5, 2012 - 9:15 am
Jgn sebut raja atau sultan dlm isu ini. Cuba sebut Presiden FAM. Kang tak pasal2 masuk “dalam”
April 5, 2012 - 9:19 am
Nape hny peminat bola Kelantan yg bersuara dan bersungguh menyokong TSAM sdgkan ini bukan isu KAFA tp isu Nasional. Agak malang kalau kita sbg penyokong jg tidak bersatu. Mana pergi MB Terengganu yg dulunya lantang?? Sebelum ini, Sathianatan pun digantung sbb komen psl isu pasukan negeri lain. Tp negeri tersebut, xde pula membelanya. Mengecewakan..
April 5, 2012 - 11:01 am
Menurut lintas langsung Radio 24 semalam juga terdapat penyokong dari Ultra Malaya datang memberi sokongan kepada TSAM bukan hanya penyokong Red Warriors sahaja.
April 7, 2012 - 3:42 pm
babee la fam